Pages

Tuesday 5 August 2014

Tempoyak Pucuk Ubi Dengan Petai

Assalamualaikum wbt...

Selamat Hati Raya... rase tidak terlewat lg nak ucap selamat hari raya okh. Raya kan sebulan... 10 Syawal baru sempat nak menjenguk kat sini. Bz la kan baru masuk opis minggu ni.. Ye la tu bz Rasyiqah hoiii..padahal xde wat pape pun..

Tahun ni turn raya kat Kelate dlu baru Perak.. Kami balik ari jumaat pukul 1 pg dari Putrajaya, sampai Kelate dalam kul 8.30 pg..Masa balik tu kete banyak jugak tapi xjem la. Kami balik awal 3 hari coz nak posa kat sana. Raya kedua baru balik Perak coz ada family gathering n cabutan bertuah.. Tahun ni aku xbertuah, yg bertuahnyer anak2 n en hubby.  Tahun lepas dah bertuah dapat Grand Prize, dapat jam Swatch. Memang tiap2 tahun sistem giliran kami mcm ni, akan balik dua2 kg. tapi yg bergilirnyer raya mana dlu.Tahun lepas raya kat Perak dlu, pastu baru balik Klate. Tp tahun lepas balik Klate lewat skit, raya ke 5 baru balik coz raya ke 3 n 4 en hubby kene  masuk keje. 

Raya ni masak rendang ayam dengan ketupat palas. Buat sendiri hokay walaupun rupa ketupat tu nampak buruk bebenor janji sedap ( angkat bakul sendiri). Biasala org Perak mkn ketupat palas dgn rendang time raya, so kene la blaja buat dan masak. Kakak aku plak masak lontong, sambal lodeh, kuah kacang dengan nasi impit. Nak wat camnerkan  masak ikut negeri laki masing2. Hahahaha.. Ishhh panjang pulak citer nyer yer..
 

Ni la rupa ketupat palas hasil tangan sendiri.. Yg pasti sedak dan lemak2 gitu.
Meh sini ah, sebenarnya nak tunjuk apa yg aku masak pg td jer.. Masak tempoyak pucuk ubi. Bulan puasa ritu teringin nak mkn tapi malas nak buat. Nak beli kat anjung mahai sesangat. 1 senduk rm 3. So arini baru kesempatan nak buat. Pucuk ubi ni aku hiris malam td. 

Bahan2 nyer senang jer nak dapat,

1 ikat pucuk ubi
3 @  4 helai daun kunyit
4 batang serai - bnyak ni jer stok ada kat umah.
2 papan petai- ikut suka nak letak banyak mana
2 senduk tempoyak
RM 2 santan
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
9 biji cili api
1 genggam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.

Hiris halus pucuk ubi,daun kunyit dan serai- celur sekejap dan toskan
Cili, kunyit  dan bawang-kisar
Masukan bahan yg dikisar dalam periuk, masukan tempoyak, ikan bilis. Jangan lupa bukak api, nnt kang xmasak plak.
Bila dah mendidih masuk santan, pucuk ubi,petai, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Hidangkan dgn nasi panas2 bersama2 ikan grg, Perghhhh sedap. Xsabar nak balik bukak puasa ni.





Meriah dengan petai.


Gambar raya tahun 2014. Sedondondon gitu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...