Pages

Monday, 26 May 2014

Dalca Daging

Assalamualaikum wbt.....

Apa kabar semua... 2 3 hari ni badan xsihat.. Batuk, sakit kepala, sakit tekak nak menelan air pun pedie.. Bila g klinik check rupenyer ada ulser,patut la pedih.... nampak benor kureng minum air putih nyer...hahahahha... Balik klinik berpaket ubat doktor bekalkan.. Mudah2an hilang sakit n pedih tekak ni...


Ni Dalca Daging last minute name nyer....Iyer la memalam masak menda ni.. Pas kerja ari jumaat ritu g melencong ke Mydin dlu baru nak balik umah.. Biasa ari jumaat kalau malas cam gini g beli jer makanan kat pasar malam presint 2 tu.. tapi apakan daya malas nak tempuh jalan jem coz ada Hari belia dgn jom heboh kat situ..

Bila dah sampai umah xtau nak masak apa.. Adalah beli daging yang urat2 kat Mydin td.. cadang nak masak dalca esok nyer tp xjadi.. Masak trus malam tu, dgn kacang dal xrendam nyer.. Biasa rendam tu sebelum masak kan.. ni masak dalca express rakyat...Kuarkan pressure cooker trus rebus daging tu bagi cepat empuk, bila 2 3 kali bunyi periuk tu masukan plak kacang dal.. Dalam setgh jam siap masak semua sekali... Bila dah siap tersandar penat..kihkihkih



Bahan-bahan :

1 labu bawang besar yang merah tu.( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
4 biji bawang putih ( 2 biji bland @ tumbuk, 2 biji mayang)
2 inci halia     ( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
3 sudu besar kari
1 kotak santan
1 cawan kacang dal
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Sayur : -
1 biji terung
1 biji ubi kentang
1/2 batang carrot
2 batang kacang panjang
2 batang munggai- mengidam masa mengandung anak pertama, ni baru dapat mkn munggai.
1 tangkai daun kari

Daging ( xkisah nak guna daging apa, macam kita suka yang ada urat2 skit)- masak guna pressure cooker


Cara :

-Panasakan minyak, tumiskan 4 sekawan dan bahan yg dimayang terlebih dahulu. Bila dah naik wangi masukan serbuk kari( style kita, kita xcampurkan kari tu dgn air, baru la kari cepat masak)-sentiasa kacau kalau tak kari tu hangit.. Bila serbuk kari dah masak masukan bahan yang di bland atau tumbuk bersama dgn daun kari.
- Kacau sebati, bila dah garing semua bahan masukan santan-api perlahan. Biarkan mendidih bila dah naik minyak masukan sayur-sayuran.
-Lepas tu masukan bahan ni ke dalam periuk yang masak daging + kacang dal tu td.( ini cara kita, lain org lain cara.). Kacau sebati dan masukan perasa secukup rasa.
- Bila dah masakan makan nasi putih panas2 dgn sambal belacan..
- esok nyer plak pulak makan dengan roti puri.. MEMANG TERBAEKKKK.






Wednesday, 21 May 2014

Jenjalan kat Melaka

Assalamualaikum wbt.....

Hepi Thursday uolsss... Esok satu hari lg keje.. Pastu chotiiii...

Ini cerita bulan Mac aritu..Kebetulan ada kenduri kawin kat sana.. Apa lagi kami anak beranak bertapa la kat sana 3 hari 2 mlm di Melaka.. Jumaat hingga Ahad.. Hotel kami booking kat Asiarooms.. Ari 1st kami bermlm di Bayou Lagoon Melaka, Humaira sibuk nak mandi swimming pool pastu nak tdo hoktel.. Ari2 dok berzikir kat telinga papa dia... Siap cakap dah lama kakak xtdo hoktel pastu mandi kat swimming pool..

Kami check in kat sini dah petang dah.. Pas check in rehat2 jap.. Sat lagi nak kuar p pekena ikan bakar kat Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.. Tiap kali bermalam kat Melaka mesti makan kat Sungai Duyung.. Sedap, Cepat dan Murah.. Dalam kul 6 lebih kami kuar JJCM.. Menu, nasi lemak 5 bungkus, ikan jenahak ( sebelah bakar kosong, sebelah lg bakar sambal), kerang rebus, sotong goreng celup tepung, air sirap 4 gelas semuanya 60 hinggit. Semua fresh.


Esok nyer plak si kenit dua org ni xsabar nak g mandi swimming pool.. Pas jer bekpes kami berkubang kat swimming pool.. Sepatut nyer Humaira kene bayar RM10, tp org yg jaga kat situ bermurah hati  bg free coz tinggi humaira cecah skit jer dari had ukurannya, 98 cm. Mcm kami dah termasuk dgn package bermalam tu.

Ni lah budak yang nak mandi swimming pool tdo hoktel...

Budak  dah kesejukan..





Nampak tak orang yg turun slide tu... Kakak sibuk nak naik slide tu, so mamalah penenamnyer..  Kami turun mandi kul 9 pagi, kul 11 lebih baru naik.. Sampai la diorg minta balik sebab dah sejuk lagi pun dah panas...




Anak-anak tgh menembak mama nyer..

Puas dapat mandi swimming pool... Kul 12 kami check out  trus pergi ke tempat kenduri.. Perut tgh lapo pastu dapat plak makan nasi kenduri memang heaven betul lah..

Inilah pengantin nyer...

Pengantin lelaki berbaju pink tu kawan kitaorg masa blaja kat IKM Pasir Mas.. Kenduri nyer kat Padang Sebang.. Kami konvoi dgn kawan yang memang duduk Melaka.

 Pas kenduri kat Padang Sebang, Check in plak hotel di Bandar Melaka. Malam tu kita JJCM kat bandar Melaka jer cari kedai asam pedas.. Kebetulan ada pasar mlm, pusing2 jap kat pasar malam tu..

Pas bekpes sambung mandi swimming pool kat sini plak.. Sekejap jer layam si kenek ni mandi.. Kami check out awal sebab nk p jalan2 kat bandar plak..


Bawak diorg naik Taming Sari walaupun pernah naik sebelum tp masa tu si haqeem kecik lg.

 


 



 Penat berjalan kaki dari Menara Taming Sari ke Shopping Mall Mahkota Parade.. Penat dah nak berjalan kami naik beca.. Bagi diorg merasa naik beca plak.. Kakak naik dgn papa, adik naik dgn mama.
 
Beca yang kakak dgn papa naik tak cantik sgt, hahahahha..


Haqeem dgn mama naik beca ni.. Lori tu xpernah tinggal.. di mana ada haqeem di situ la ada lori.. tp lori dah rosak dah.. Ye la tiap kali nak mandi bawa sekali lori mandi..
Penat dah berjalan2.... Masuk kete minum susu trus lena... OTW balik kami singgah makan kat Coconut Shake Klebang... Pekena air coconut shake, nasi lemak n kuih muih kat situ.. Dalam kul 3 baru bertolak balik.. Sebbaik jalan tak jem,sebelum kul 7 dah sampai umah.. Sebelum nak sampai umah banyak plak penyinggahannyer, tu yang sampai umah kul 7 mlm.


Tuesday, 20 May 2014

Kek Batik

Assalamualaikum wbt....

Dah lama menyepi dan kini kembali ..Perghhh ayat xblh nak blah...

Alhamdullillah sihat tubuh badan arini..Ptg semlm balik dari opis badan seram sejuk.. 3 helai selimuttak dapat nak tampung.. Telan 2 biji PCM pastu tdo jap bila bgn badan dah berpeluh2.. Patutla pagi semlm  kat leher bengkak kelenjar.. Bila kebas dr demam tu bengkak tu hilang.. Risau jugak la dah lama sangat tak demam...


Ni cite ari senin .. dah lama teringin nak mkn kek batik.. akhir nyer dapat jugak makanan nyer.. dah kebetulan susu pekat banyak kat umah.. risau gak takut tak abis susu pekat kat umah ni .. tetiba jer ada yg dah expired kang.. kat umah ni jarang sangat guna susu pekat..


Ni dia Junior Masterchef Malesia tgh masak...



Bahan-bahan:

1 pek biskut marrie- patah 4
1 tin susu pekat
4 biji telur size A - bland
4 sudu besar Milo
3 sudu besar coklat
250gm butter..

Cara

- Cairkan mentega.. Bila dah cair masukan susu pekat. Gaul sebati.
- Masukan milo, coklat dan telur. Kacau
- Dan akhir sekali masukan biskut dgn api perlahan.. Tutup api, gaul sebati..
- Masukan dalam loyang dan sejukan.. pastu masukan dalam peti ais.


  
Inilah hasil Kek Batik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...