Assalamualaikum .... Salam Jumaat..Baru jer cuti esok cuti lagi... Minggu ni minggu paling best la, masuk opis 3 ari jer bag yang xambik choti... Kita ambik choti ari rabu jer coz jaga my kenik2, pengasuh nyer balik kampung.... Bagi yang cuti banyak terus ambik cuti 3 hari dapat cuti seminggu..Syok woo... Tp kita xbanyak cuti so dok diam2...
So, ............ apa lagi yang nak citer ek, rase nyer xder menarik pun yang nak dikongsi....Choti dok umah xde nak pergi mana2.. Papa kenik2 kerja..Terperap la kami 3 beranak kat umah.. :).. Melayan tv ( dr pagi hingga ke petang baby tv dgn disney channel untuk kenik2) dan baca novel (mama dier)....
Jangan nak bebel panjang2 la iqa hoii.. Dah cukup2... Meh kita tgk menu yang xseberapa ni... Masak Lemak Ikan Kembung dgn Peria masak sambal..
Inilah dia Masak Lemak a.k.a gulai ike |
Ikan kembung
Santan
Cili padi- kalau nak pedas letak banyak, mcm kat umah ada budak kecik so cili letak sebijik..
Bawang merah
kunyit hidup @ serbuk
sepatutnyer letak lengkuas, tp lengkuas dah kecut so xde la lengkuas nyer..
asam keping
Garam secukup rase..
Gula secubit( untuk menggantikan pak aji)
...Blender bawang, cili, kunyit hidup...
Campur semua bahan kecuali ikan..sentiasa kacau supaya santan tak naik minya @ berketul2..
Bila dah mendidih masuk ikan.
Peria katak yang begitu sedap..rasa lemak2 gitu.. |
Utk resepi masak peria ni bahan nyer cuma
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
Cili kering -ikut suka nak letak banyak mana
Belacan sikit
**** Semua bahan diatas bland
3 biji peria katak - potong nipis dan ramas dengan garam
Udang
1 biji telur
Garam dan gula- secukup rasa
air asam jawa- secukup rasa
*** Tumis bahan yang dibland sehingga betul2 masak.
Bila cili dah masak, masuk kan sedikit air asam jawa. dan seterus nyer masuk telur.
Pastu masukan udang..bila udang dah nak masak masukan peria, garam dan gula ..
Ni cara kita masak la... Kalau nak cuba sila lah...