Bersua kembali..huhuhuhu mcm dah lama xupdate blog... meme dah lama pung..last sekali update bulan 2 ritu..
Semlm bukak blog k ina, teringin plak tgk mashed potato dgn gravy yg k ina buat.. So mlm td berpeang lah kat dapur bg berasap skit..
Ayam beli yang dah siap marinate kat care4. |
Mashed potato
Kentang -direbus sampai empuk.
Butter -kita guna buttercup
Fresh milk-bergantung pada kuantiti kentang
Lada hitam & lada sulah
garam secukup rasa.
Utk gravy ambik resepi kat blok kak ina www.kakinakl.com/2013/03/resepi-kentang-putarmashed-potato_11.html terima kak ina kongsi resepi ni..Husband saya suka..
650 ml air
1 stok ayam MAGGI
1 biji bawang besar - cincang
3 tangkai daun sup/saleri 1 biji bawang besar - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh aji shio
kicap pekat
2-4 sudu makan susu segar Magnolia (susu lain pun boleh)
garam
Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. (kalau bergentel biarkan sejuk pastu kisar dan masak sekejap)
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.Masaklah ikut pekat mana yg disukai...kena adjust gak rasanya yer
Spagethi tu pulak resepi sesuka hati nama nyer...
Spagethi direbus dgn minyak supaya masa masa xmelekat..
Udang- dibuang kulit dan bland
bawang putih dicincang
mixed herbs
garam secukup rasa
minyak utk tumis
fresh milk 3 sudu besar
dau sup- dihiris halus
Tumis bawang putih dgn mix herbs, pastu masukan isi udang yg dibland.Bila udang masak masukan susu , daun sup dan garam.. dan last sekali masukan spagethi..
No comments:
Post a Comment