Pages

Sunday, 4 August 2013

Biskut Coklat Chip Famous Amos



Salam Senin.....

Hanya tinggal 2 hari kita berpuasa.. InsyaAllah khamis kiter rayer la ye... Hati ni dah xsabar nak choti n balik kampung.. Tahun ni raya kat perak dlu, pastu balik ke Kelantan.. Balik tetap balik kedua2 negeri , tgk cuti papa budak2 ni.. Sepatutnyer balik Kelantan dlu tahun ni, baru Perak nak mcm mana kan papa nyer kene keje.. Kebetulan la pulak cuti pada hari raya kalau tak raya kat umah Pak Najib gamaknyer... Cuti 2 hari sambung plak keje dari ari ahad sampai selasa.. pastu baru la choti panjang.. masa choti panjang ni la balik Kelantan.... Dalam otak ni dah fikir nak mkn apa bila balik Kelantan nnt..,... Feeling excited...huhuhuhu


Ni aktiviti hujung minggu, apa lg wat sekut la... anak dara sibuk tanya, mama xbuat cookies ker.. risau benor mama dia wat cookies.. Bila dah mama dia start wat cookies ni.. datang nak menolong, blh la harap jugak anak dara sorang ni, tp mama xbg la nnt bila anak dara nak tolong anak teruna pun sibuk jgk nak menolongnyer... Last2 mama nyer srh tolong tgk jer la..

Resepi coklat chip ambik kat blog kak yatie.. terima kasih kak coz kongsi resepi.. yatiememories ..Sedap, ranggup dan berbaloi la bila buat..


Bahan

1 cawan gula kastor/halus - guna 1/2 cwn je
1 cawan gula perang  
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang- guna badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip - Xde stok , guan coklat chip yg biasa jer
1 sudu kecil esen vanila 

************************************************************
  • Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je.
  • Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
  • Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  • Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  • Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...