Pages

Wednesday, 5 February 2014

Ketam Masak Telur Asin

      
Assalamualaikum..... 

Arini kita mengetam plak yer....hahhahahaa.. 


Resepi ni kita guna resepi kak ita azlita masam manis




KETAM TELUR ASIN

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek (guna 2 biji jer telur asin

4 ekor ketam (kita masak 2 ekor jer)
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.




Tomyam sayur, ikan rebus goreng dan ketam masak telur asin.

Terima kasih kak azlita masam manis coz kongsi resepi ni.... Terbaekkk. Sedap sangat.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...