Pages

Sunday, 17 February 2013

Angry Bird Ice Cream Cake for birthday girl..

Assalamualaikum wbt....

Ari sabtu lepas sambut besday girl yg ke 3... Besday nyer 11-2-2013.. Masa besday nyer papa keje so tangguh ari nyer buat weekend, kebetulan ari sabtu tu ader tok n tokwan.. Ramai la skit.. Blh la abis kan sebijik kek ni.

Baju angry bird, kek pun angry bird

Xdpt mickey mouse, angry bird pun jd la..
 Permintaan besday girl nak kek mickey mouse, nak pulak kek cekelat.. Mama dia gigih la mencari kek mickey mouse.. Mula-mula p tanya baskin robbin, blh buat tapi yang besar size kek utk makan 12-16 org la coz besaq sangat...Pastu p tanya kat secret receipe, xdpt nak buat sebab 7 hari baru blh siap.. Tanya tuan punyer badan, kek mickey mouse xder, angry bird blh tak.. OK mama.. P balik kat baskin robbin tempah ice cream kek baskin robbin yang1/2 sheet sesuai utk letak angry bird.



Ni menu yang sempat buat...buat ala kadar jer..Nasi dagang dgn gulai ikan dan kari ayam..Resepi untuk nasi dagang ader dlm entry sebelum ni.. Cuma yg sebelum ni ike tongkol masak kari, yg ni ike tongkol masak gulai kunyit lengkuas.Ni resepi gulai ike tongkol:

Gulai Ike tongkol
Ike tongkol isi lembut- rebus terlebih dahulu.(masukan garam dan asam keping)
Santan
Bawang merah-bland
lengkuas-bland
kunyit hidup @ serbuk-bland
lada kering-bland
ketumbar- sangai dan tumbuk
asam keping
garam dan gula secukup rasa
lada hidup

*Masukan bahan yang dibland ke dalam periuk bersama santan, dan asam keping..Kalau terlalu pekat masukan sedikit air. Bukak baki sederhana besar.. sentiasa kacau supaya santan xberketul(naik minyak). Bila dah mendidih masukan ike tongkol dan perlahankan api..Sentiasa kacau, dan masukan bahan perasa dan lada hidup..


Dah jadi princess dah.. Makngah bagi hadiah princess kat kakak.. Suka sangat...bgn tdo jer trus nak pakai ni, semlm choti main menda ni la..tinggal trus mainan masak2 hadiah papa bagi...


Wednesday, 13 February 2013

Bergedil Daging vs Soto Beehoon


Sempena choti raya cina ritu, main masak2 lg... Boleh dikatakan ari cuti main masak2 jerla... teringin nak makan bergedil daging.. bahan yang nak buat nyer xde so berjalan la kita ke kedai Darulsalam Presint 9.. Dekat jer dgn umah.. Sambil2 tu blh excercise... Asyik terperap jer kat umah kan..

Bahan pun dah ader so jom ler berperang kat dapur.. Bahan utk buat bergedil ni
1 kilo ubi kenyang- goreang dan tumbuk
300 gm daging cincang- nak letak lebih pun OK ( perap dgn garam dan black pepper selama 1/2)
50sen daun bawang
50sen daun sup
segengam bawang goreng 
1 biji telur
3-5 sudu tepung - letak 3 sudu jer
1/2 biji bawang holland-potong dadu
minyak utk menumis.

 Tumis bawang holland sampai kekuningan.. pastu masukan daging cincang. Masak sehingga daging empuk..

Ubi kentang yang sudah digoreng


Rupa ubi bila ditumbukk

Daging cincang yang sudah dimasak digaul rata bersama daun sup dan daun bawang

Bawang grg utk sapa2 yang xkenal yer.. :)
Inilah rupa bergedil yang digentel dan dibentuk , dapatlah dalam 52 biji


 Siap packing untuk senang nak simpan dalam freezer..

Bergedil yang siap dimasak.. Celup telur terlebih dahulu. masak dgn api perlahan

Bila dah masak bergedil, mesti nak kena mkn dgn lawan dia kan.. So buatla Beehoon Soto...

 Bahan nyer..

2 dada ayam ( masukan sekali kepak , leher, kaki ayam)- rebus
2 batang serai-ketuk
2 inci halia
1 biji bawang besar-mayang
5 biji bawang putih-ketuk
batang kulit kayu manis
bunga lawang
biji pelaga
rempah sup siam 
garam dan gula secukup rasa.
minyak utk menumis.
soohoon- grg- bila nak mkn baru letak
Sayur , kalau nak sedap mkn dengan tauge, tapi kat kedai tauge xberapa cantik so beli sawi je la.

Rebus ayam terlebih dahulu,pastu angkat 2 ketul dada ayam. Dada ayam tersebut kemudiannyer digrg ala kadar. Angkat dan carik-carikan.
Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang bawang dan halia sehingga naik wangi dan masukan ke dalam periuk rebusan ayam td.. 
Dan masukan serai, rempah sup siam.. bila dah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa..

Utk sambal kicap

Cili padi- ikut suka nak letak banyak mana.
1 bawang putih
2 biji limau kasturi
kicap manis dan masin- guna cap kipas udang

Cili pada dan bawang grg dengan minyak. Masa nak grg cili dinasihatkan belah cili tu kalau tak meletup2 dalam kuali. Pastu bland cili dgn kicap. Last sekali perah ler limau.

* Biasa  soto mkn dgn nasi impit, dah buat tp terlembik sedikit. Biasa guna nasi impit nona, p kedai lupa nak beli. Bila buat sendiri  jd lembik Telan  jugak la buat mcm bubur nasi.. Goreng ikan bilis pulak untuk mkn dgn bubur. Sedap jugak.




















Tuesday, 12 February 2013

Mee Kari Seafood


Dah lama xmkn mee kari homemade, kalau nak mkn beli jer.. last buat mee kari masa dok KL lg (skang dok Putrajaya)...... Kekadang tu teringin gak nak mkn yg sendiri buat , biarpun xsedakk...

Bahan utk wat kuah kari

Bawang besar merah ( 1/2 mayang & 1/2 tumbuk)
Bawang putih ( 1 biji mayang & 1 biji tumbuk)
Halia ( setgh mayang & setgh lg tumbuk)
2-3 sudu serbuk kari daging ( campur dgn bahan yang ditumbuk)
2 hinggit Santan
Daun kari
Kerang yang dah direbus
Ketam belah 2
Fishcake
Tauhu kering dan basah
Fishball
Sayur kubis dan sawi..
Garam dan gula secukup rasa...
Minyak utk menumis.
Air secukupnyer.
Letak sedikit air asam jawa
Mee kuning ( jgn lupa celur dlu)
  * kalau nak pedas buat cili potong..Baru terangkat, meleleh ayaq mata

Tumis bahan yang dimayang, bila dah naik wangi masukan serbuk kari.. Masak sehingga warna kekuningan.
Masukan santan, kacau sebati.. bila dah mendidih masukan ketam, kerang... Perlahankan api..
Bila dah naik minyak, masukan sayur, fishball, fishcake, air asam,. Pastu perasakan dgn garam dan gula secukupyer...












Lempeng ke lempang....

Assalamualaikum wbt... mood baru datang nak ngedate kat cni... Lgpun skang ni busy skit, ader tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam opis ni... Sambil2 ngedate entry sambil2 wat keje... Blh ke cam tu (ader mcm curik tulang tak).....hahahahhaa....

Hasil balance sambal bilis  buat nasi lemak utk makan malam, so dgn rajin nyer buat lempeng untuk bekpes esoknyer.... Bahan utk lempeng ni, cuma letak tepung( 1 1/2 cawan), air(1 cawan), 1 biji telur, bawang besar(mayang), garam secubit dan gula sejemput.... Makan sekeping pun dah kenyang..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...