Pages

Wednesday, 13 February 2013

Bergedil Daging vs Soto Beehoon


Sempena choti raya cina ritu, main masak2 lg... Boleh dikatakan ari cuti main masak2 jerla... teringin nak makan bergedil daging.. bahan yang nak buat nyer xde so berjalan la kita ke kedai Darulsalam Presint 9.. Dekat jer dgn umah.. Sambil2 tu blh excercise... Asyik terperap jer kat umah kan..

Bahan pun dah ader so jom ler berperang kat dapur.. Bahan utk buat bergedil ni
1 kilo ubi kenyang- goreang dan tumbuk
300 gm daging cincang- nak letak lebih pun OK ( perap dgn garam dan black pepper selama 1/2)
50sen daun bawang
50sen daun sup
segengam bawang goreng 
1 biji telur
3-5 sudu tepung - letak 3 sudu jer
1/2 biji bawang holland-potong dadu
minyak utk menumis.

 Tumis bawang holland sampai kekuningan.. pastu masukan daging cincang. Masak sehingga daging empuk..

Ubi kentang yang sudah digoreng


Rupa ubi bila ditumbukk

Daging cincang yang sudah dimasak digaul rata bersama daun sup dan daun bawang

Bawang grg utk sapa2 yang xkenal yer.. :)
Inilah rupa bergedil yang digentel dan dibentuk , dapatlah dalam 52 biji


 Siap packing untuk senang nak simpan dalam freezer..

Bergedil yang siap dimasak.. Celup telur terlebih dahulu. masak dgn api perlahan

Bila dah masak bergedil, mesti nak kena mkn dgn lawan dia kan.. So buatla Beehoon Soto...

 Bahan nyer..

2 dada ayam ( masukan sekali kepak , leher, kaki ayam)- rebus
2 batang serai-ketuk
2 inci halia
1 biji bawang besar-mayang
5 biji bawang putih-ketuk
batang kulit kayu manis
bunga lawang
biji pelaga
rempah sup siam 
garam dan gula secukup rasa.
minyak utk menumis.
soohoon- grg- bila nak mkn baru letak
Sayur , kalau nak sedap mkn dengan tauge, tapi kat kedai tauge xberapa cantik so beli sawi je la.

Rebus ayam terlebih dahulu,pastu angkat 2 ketul dada ayam. Dada ayam tersebut kemudiannyer digrg ala kadar. Angkat dan carik-carikan.
Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang bawang dan halia sehingga naik wangi dan masukan ke dalam periuk rebusan ayam td.. 
Dan masukan serai, rempah sup siam.. bila dah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa..

Utk sambal kicap

Cili padi- ikut suka nak letak banyak mana.
1 bawang putih
2 biji limau kasturi
kicap manis dan masin- guna cap kipas udang

Cili pada dan bawang grg dengan minyak. Masa nak grg cili dinasihatkan belah cili tu kalau tak meletup2 dalam kuali. Pastu bland cili dgn kicap. Last sekali perah ler limau.

* Biasa  soto mkn dgn nasi impit, dah buat tp terlembik sedikit. Biasa guna nasi impit nona, p kedai lupa nak beli. Bila buat sendiri  jd lembik Telan  jugak la buat mcm bubur nasi.. Goreng ikan bilis pulak untuk mkn dgn bubur. Sedap jugak.




















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...