Pages

Tuesday, 30 July 2013

Biskut Dahlia

Morning... sambil layan lagu raya sambil mengedate blog... Mesti korang dah xde mood nak keje kan.. Mood raya jerkan... Xsabar kan nak balik kampung... Minggu depan sunyi la opis ni tp kita xcuti pun.

Punyer la ngidam nak mkn biskut dahlia, gigih p Big Aeon beli bahan nak wat cookies (bak kata humaira).. Terkejut mak nyer anak sebut cookies, maknyer sebut sekut jer.. hahahahaa

Pukul 9 mlm baru nak start wat biskut.. abis bakar semua dalam pukul 11.. 2 jam dapat la 2 bekas.. oklah kan nak wat mkn sendiri.. Dapat mkn sebiji hilang ngidam nyer.. kalah org ngandung plak ngidam nyer..




Bahan 

250gm tepung gandum-ayak
100gm tepung jagung-ayak
160gm tepung kastard-ayak
150gm gula
300gm butter
2 biji kuning telur (size A)
1 camt esen vanilla
Ceri merah @ hijau

*****************************************************************

Pukul butter dengan gula sehingga kembang.. Masukan kuning telur dan esen vanilla..
Bila dah sebati masukan bahan yang diayak.. Gaul hingga sebati.. 
Bakar 175 selama 10 minit..



Macam2 size ada... halalkan jer la size tu.. janji sedap..


 

Monday, 29 July 2013

Sambal Tauhu



Assalamualaikum wbt...



Alhamdulillah arini dah 21 Ramadan 1434.. hanya beberapa ari Syawal akan menjelma.. Ramadan akan berlalu pergi sedetik demi sedetik.... Rasa hiba di hati ni.... Walau apa-apa pun hidup mesti diteruskan sehingga tutup mata.. Feeling Sad.. Feeling plak pepagi ni kan...


 Tgh hari smlm gigih p Big Aeon nak beli susu kakak tapi hampa stok nyer xde yg tinggal nyer perisa madu dgn coklat.. So apa lg pusing-pusing la kat tempat sejuk nak usha beli butter nak wat biskut dahlia, sambil2 fikir ler nak masak aper utk berbuka.. Dapat idea masak sambal tauhu.. Cari la kot2 ader tauhu lembut..Sebbaik ader... Apa lagi bila dah ada bahan kene tepon MIL plak minta resepi nak buat.. Tiap balik Perak mesti MIL masak tauhu ni.. Nak wat camner feberet anak dia...



 

 Bahan nyer simple jer 

Tauhu 2 ketul, potong 3 segi dan grg
Cili kering- bland
1 bawang besar-bland
2 ulas bawang putih-bland
1 sudu teh cuka
Minyak utk menumis
Garam
Gula 

***********************************************************
Tumis bahan yang dibland sehingga cili kering betul2 masak..
Pastu masukan cuka, garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukan tauhu.




Sambal tauhu, ayam goreng kunyit, bendi grg sos tiram bilis.. Kueh mueh..

Sunday, 28 July 2013

Nasi Kerabu Tumis dengan Daging bakar dan Kerabu Sare..


Salam...

Ni menu buka posa hujung minggu aritu.. Nasi kerabu dgn daging bakar dan kerabu saree.... Ni ada org teringin nak makan nasi kerabu.. So masa choti la blh main masak2...


Nasi kerabu , daging bakar, kerabu saree dan cucuq udang kuah kacang.


Bahan untuk sambal tumis....  

Cili kering, nak pedas letak banyak..
1./2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
RM2.00 Santan pekat
Gula melaka
Garam
2 sudu besar budu
1 batang serai-dititik
1 keping asam keping

***************************************************
Bland cili kering + bawang putih + bawang besar + halia.
Campur semua bahan di atas kecuali gula melaka, garam dan budu..
Masak atas api sederhana, Bila dah naik minyak masukan gula, garam dan budu.

Bahan untuk sambal kelapa....

Kelapa parut yang digrg tanpa minyak sehingga ringan dan keperangan
1 @ 2 ekor ikan rebus @ bakar ( bergantung pada banyak mana kita nak buat, ambik isi sahaja)
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
gula melaka
garam
serbuk lada hitam

******************************************************

Tumbuk bawang, halia, serai.. Masukan garam. gula melaka secukup rasa... Pastu masukan isi ikan, tumbuk agak isi ikan tu xberapa nak hancur sangat.. Dan akhir sekali gaul la dgn kelapa da serbuk lada hitam..


bahan untuk sambal lada

cili burung
garam
gula
sedikit cuka

**********************************
Cili hidup boleh bland atau tumbuk..
Pastu masukan garam, gula , cuka secukup rasa


Daging, 2 batang serai, sedikit jintan manis, jintan putih, 1/2 biji bawang besar, sedikit gula dan 1 sudu kunyit yang marinated. Daging ni kita perap dari pukul 1 tgh ari.



Nilah rupa saree.. Sebenarnya mende ni dikeringkan, bila nak mkn baru kita cuci dan rendam. Kita rendam saree ni pagi2 coz nak mkn mlm. Last sekali bila nak mkn tu baru cuci dgn air beras.
Bila nak mkn, letak la sambal tumis n sambal kelapa..Gaul dan sedia utk dimkn....

Stok kunyit untuk buat grg ikan, ayam


Ni org malas buat kerja.... Buat stok kunyit untuk senangkan nak grg ikan , ayam , daging atau apa2 je la.. Ni arwah ma yang ajar.. Tiap kali  nak grg ikan ,ayam baru la nak buat kunyit ni.. Skrang meme tak la,ambik jer terus letak kat binatang2 yang nak masak tu..

Bahan-bahannya :

300 gm kunyit hidup
2 labu bawang putih
1 bungkus serbuk kunyit 250 gm
3/4 bungkus garam halus (guna garam cap adabi)

*********************************************************
 Bland kunyit hidup dgn bawang putih..
Pastu gaul bersama dgn kunyit serbuk dan garam..





Gaul semua bahan yang dibland.


Bekas atas untuk bawak balik Parit Buntaq. yg bawah utk diri sendiri.

Popia Nestum


Salam senin.... 
Ni dia aktiviti hujung minggu aritu...




Bahan-bahan utk buat Popia Nestum, gula xde dalam gambar..letak dalam 2 @ 3 sudu besar.



Nestum dalam 2 genggam di grg tanpa minyak pastu blend kering

Hasil Popia Nestum

Saturday, 27 July 2013

Ayam masak halia..


 Jom menjamu mata dengan masakan yang simple ni... Masak setakat mana yang sempat, balik opis kul 5 sampai umah dalam kul 5.30 lebih.. So masak yang simple2 je lah..Biasa yang simple ni lah sedap nyer..


 Ayam goreng halia

Ayam potong kecik - gaul dgn serbuk kunyit dan garam dan goreng terlebih dahulu. Jgn terlalu garing
1/2 bawang besar-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
3 inci halia-mayang
2 @ 3 sudu besar sos tiram
cili api
minyak utk menumis
air

****************************************************

Tumis bawang besar,putih dan halia..Bila dah naik wangi masukan ayam yg dah digoreng.. Masukan sos tiram dan cili api.. kalau inginkan ia berkuah masukan sedikikt air.
Kita tak letak garam @ gula coz sos tiram dah cukup utk kedua2 nyer..





Ayam masak halia, kacang mioau dgn ikan kembung grg...


Kuih koci dengan pulut panggang beli, kepok lekor dari kelantan dgn popia sayur dgn sos istimewa. Popia menu wajib tiap kali bulan ramadan

Resepi utk popia blh masuk entry ni ..... 

Thursday, 25 July 2013

Nasi goreng ikan terubuk masin dan mee kari

Salam Jumaat...


Bila dah ari jumaat semua org tak sabar.. Iye la kan esok choti.. Blh lah bersantai2 kat umah melayan anak2.. Harap2 mood nak buat biskut datang la besok.. bahan dah ader, cuma nak tunggu buat jer..huhuhuhu

Arini lauk simple jer utk buka posa.. Cuma nasi goreng dan mee kari... Mee kari ni pun balance yang buat ari minggu aritu..


Nasi grg ikan terubuk masin

Bahannyer cuma....
Nasi putih
Telur- buat telur hancur
Udang
Ikan terubuk masin- grg terlebih dahulu dan tumbuk @ bland kering sampai tulang nyer hancur.
Bawang putih -Ketuk
Bawang merang -mayang
Cili api
Sayur Sawi
Minyak utk tumis
Garam secukup rasa

******************************************************* done

Wednesday, 24 July 2013

Kari Ikan pisang-pisang




Assalamualaikum.. Arini ari apa...Ari khamis..

Mesti korank tak pernah dengarkan nama ikan pisang.. Org pun baru tahu ada ikan pisng.. 1st time dengar.. Terbeli masa p market kat parit buntaq masa balik kg ritu. P sana nak p daging dengan ikan pari jer utk bawa balik putrajaya... Mcm la kat putrajaya xde ikan pari dgn daging nyer.. 

Ni beli siap2 bila dah sampai putrajaya blh masak trus.. xyah nak p pasar bagai coz lauk kat umah dah abis.. sambung balik pasal citer ikan pisang ni... Yang tertarik hati nak beli ikan ni sebab apa tau, warna dia cantik, berkilat2 pastu ada line kuning kat badan dia.. meme cantek.. masa tu p dgn MIL, tanya la ikan apa.. ikan ni sedap masak kari, taucu, masak lemak... isinya penuh dan sedap..

rupa ikan pisang....gigih google gambar ikan..

Menu berbuka  kari ikan pisang, sayur campur grg, ikan bawal grg dan ikan pekasam(made in titi serong)


Tuesday, 23 July 2013

Kembali Berasap Dapurku Di sini....

Salam Ramadan..
Arini dah 15 ramadan 1434.. lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio.. Biasalakan bila dah masuk 15 ari posa baru blh pasang lagu raya kat radio...

Jom layan pic menu berbuka yang xseberapa ni..


 Ayam percik dengan ikan percik.. Masak balik berbuka kat kg.. Kalau kat umah bnayak tingkat mana boleh nak  bakat guna arang ni...



 Apa yang bestnyer semua masak kat umah..Ikan siakap bakar sambal, sup cendawan,fruit salad dan roti john.  Alhamdulillah dah 15 ramadan, hanya sekali pergi PARAM.. Tu pun masa balik kg aritu..

Apa yg spesel nyer menu kat atas ini buat roti john sendiri.. Baru puas ati blh letak isi banyak2, kalau beli isinyer kureang la skit.

Bahan untuk inti cuma
1 keping daging cincang - guna cap Ramly
1 biji bawang holland - potong dadu
bawang putih- cincang
1 @ 2 sudu besar Serbuk Kurma
sedikit serbuk lada hitam
Minyak utk tumis
Secubit garam
3 sudu besar santan
Telur
Salad
Mayonis
Black pepper sauce- Cap Puteri

****************************************************************

Panaskan minyak, masukan bawang dan serbuk kurma, masak sehingga serbuk kurma betul2 masak.
Pastu masukan daging, masak sehingga daging empuk.. Masukan santan dan masak sehingga kering. jangan lupa masukan secubit garam dan serbuk lada hitam..
Bila dah settle semuanya blh la teruskan utk nest step..tampal kat roti..




 Sotong bakar kunyit dgn sambal.. Sambal lebih yang buat ikan bakar..Ni xtau menu yang ke berapa.. mana yang sempat jer snap..Huhuhuhuhu

 Menu: Pajeri terung, sotong bakar dengan ikan kembung grg,... Kuih cekmek molek beli, ada staff kat sini jual... karipap pun beli.. Beli yg frozen jer dengan kawan kat opis lama..

Pajeri terung....

Bahan2 nyer....

2 biji terung panjang- potong 2
2 sudu serbuk kari
1 biji bawang besar-mayang
2 biji bawang putih-mayang
7 cili kering-kisar
1/2 inci halia -mayang
4 rempah sekawan (kulit kayu manis,pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih)
2 sudu besar kerisik
Udang kering- tumbuk
Santan Secukupnya
Garam
Gula Melaka
Air Asam Jawa
Minyak utk menumis

***********************************************************

Tumis 4 sekawan dan bahan yang dimayang..Pastu masukan bahan yang dikisar, udang kering
dan serbuk kari..Bila dah naik minyak masukan santan.. Masukan gula melaka, garam, air asam jawa.. bila dah mendidih masukan terung dan kerisik.. Perlahakan api.. Masak sehingga kuah nyer pekat dan terung betul2 masak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...