Pages

Sunday 22 December 2013

Homemade Sos bolognese dengan Spirals



Assalamualaikum wbt.....Huuihh lama nyer tak mengedate blog baru ( baru sebulan tak mengedate)..

Ni permintaan anak dara nak makan mee grg, mee nyer xde , yang ada stok kat umah cuma spirals ni jer.. Sebbaik ok jer...

Nak masak sos plak, stok prego plak dah abis sebbaik ada tomato, blh la buat sos sendiri.. Adala sedikit ilmu yang diajar oleh chef masa keje kat hotel dlu2 untuk dikongsikan kat sini....

Sos Bolognese 

Daging cincang - buat sendiri , bland kering
1 labu Bawang besar - bland
 cili kering- nak pedas letak banyak2( biasa la tekak melayu nak mkn pedas2 kan) - bland
2 biji tomato - baked n bland bersama bawang besar
2 biji Bawang putih- cincang halus
2 biji bawang merah - cincang halus
2 sudu kecil mix herbs
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 slice cheese
Cendawan kering -rendam dan potong ikut citarasa nak potong mcm maner
Garam dan gula secukup rasa
Minyak


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masukan bawang yg dicincang halus dan mix herbs. Lepas tu masukan bahan yang dibland. Bila dah mendidih masukan daging cincang. Masak sehingga daging empuk..
2. Bila daging empuk masukan sos tomato, sos tiram dan cendawan..
3. Perlahankan api dan masukan cheese, biarkan di atas api supaya kuahnya pekat.
4. Tutup api dan ,masukan garam dan gula secukup rasa..


Wednesday 27 November 2013

Kuih Getas

Assalamulaikum wbt.....

Rasa mcm dah lama xup kat sini... Arini pepagi ni kita nak up Kuih getas yang kita buat pagi semlm.. Teringin sangat nak mkn kuih tapi jarang jumpa kat kedai2.. So lebih senang  google resepi kat internet buat sendiri.. First time buat kuih ni sebbaik jadi ..lembut dan sedapp(hahahha  angkat bakul sendiri)... Terima kasih banyak2 org yang sudi kongsi resepi ni..




Kuih getas-getas

Bahan-bahannya:-

  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
  • 150-180ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
  1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
  2. Biarkan sebentar selama 10 minit 
  3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper
  4. Panaskan minyak dengan api sederha
  5. Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan 
  6.  Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah 
  7.  Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.









Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
Cara-caranya:-
  1. Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
  2. Jika perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.   Biarkan ia selama 7 minit.Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
  3. Terus matikan api dapur ye.
  4. Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. #resepi copypaste kat blog insan yg sudi kongsi resepi ni...







Thursday 24 October 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum wbt... Salam jumaat sume........

Alhamdulillah syukur ke hadrat Mu Ya Allah masih memberi peluang aku bernafasan dan menghirup udara Mu Ya Allah.....

Apa planing korang hujung ni minggu ni... Kita sabtu ahad ni dah ada plan nk g jenjalan bawak anaks berjalan.. Ari sabtu ni nak bawak diorang naik bas dari umah sampai alamanda.. Oklah janji dapat naik basnya.. Anaks tiap kali nampak bas minta nak naik, so dah janji nak bg diorang naik bas esok kene lah bawak.. Arin ahad plak nak p melaka ada kenduri x-roomate kat kampung morten.. Pas p kenduri blh bawak diorang jenjalan kat sana plak...

 Hahahahha...tulis topik ikan patin masak tempoyak tapi menda lain yg di story mory nyer.. Ikan ni kita order dgn  fyda rahim fresh dari sg pahang..MIL kata nak datang umah so beli la ikan ni 2 ekor.. last minit xjd datang umah, mkn la kami 4 beranak kat umah , pastu bg la sikit dekat pengasuh budak2 ni.... Rasa dia memang sedap dan xberbau.. Kita kalau yg berbau ni kurang skit n tekak ni xleh nak terima.. tp yg meme best n terbaik dari ladang...............





Bahan-bahan nak masak pun simple sangat...

Daun kesum
Kunyit hidup
Cili padi
Tempoyak- kalau xde ni bukan masak tempoyak nama nyer
Garam

* yg dalam mangkuk tu kunyit dan cili yg dah dibland



Ni dia masak tempoyak ikan patin.. Tang kepala tu yg sedapp....








Monday 30 September 2013

Aktiviti Hari Sabtu


Assalamulaikum ..... Jom layan gambo yg xseberapa ni....

 Selamat Pengantin Baru.. Majlis menyambut menantu..

 Bunga telur 
 

Geram jer dgn budak 2 org ni...penat panggil nak suruh pandang kamera.. 

 1st time sampai kat i-cty ni... nama jer ddk dekat sini.. Ni baru jejak kaki kat i-city ni.

 Tok belanja naik kuda pusing-pusing...

 Pas ronda2 kat i-city ni , pergi balik rumah pengantin coz ada mkn2.. Family diaorg buat kambing golek...

Puding Triffle


Assalaimualaikum.. selamat pagi... Arini baru ada kesempatan nak up gambo puding triffle 1st time buat... Buat ni utk dessert org berkampung di Shah Alam.. Ari  minggu ritu ada kenduri kawin.. So family belah Perak berkampung 3 hari kat sana..


Kek gulung pandan dan coklat.. potong dan susun selang seli...pastu lembabkan kek dengan air jus buah yg nak susun atas adunan kastard tu nanti..

Kastard
1.5 liter fresh milk
4 @ 5 sudu besar tepung kastard
5 @ 6 sudu gula pasir
Masak atas api sederhana dan kacau sehingga pekat
Pastu tuangkan atas kek gulung tu, agak adunan kastard tu nak sejuk susun la buah.. Ikut citarasa masing2 nak letak apa.. fruit cocktail pun blh.. Letak buah peach ni cadangan opismate bg senang nak potong.. memang senang pun.. Ni pun minta resepi dengan dia,,


Ni lapisan atas sekali.. 
Jelly
Kita guna crystal jelly brand NONA... perisa ikut suka.. kita beli perisa rasberi.. 
Utk adunan 3 bekas mcm ni kita beli 2 kotak..
Bila dah siap sejuk.. masukan dalam peti ais.. 


Tuesday 3 September 2013

Jamuan Raya Opis..... 30/08/2013

Assalamualaikum wbt......

Jumaat lepas wat Jamuan Raya, arini baru nak up gambo.. dah kire basi la kot gambo nyer.. tp xkisah la basi ke tak,  nak up jugak.. Rase nye dah lama sangat tak buat potluck  kat opis... Kalau wat mkn2 pung kire order kat luar jer.. Rase mcm dah jemu dah... Tu yang planning nak buat potluck, lg pun ramai yg rajin nak masak.... Bos2 pun tak terkecuali.. semua kene.. Tp  bos2 xmau masak so diorg bg duit , kitaorg kene beli apa yng patut utk lancarkan jamuan ini... Jom ler layan gambo........



Ni acara gotong royong pada malam sebelum... masak rendang ayam ( kitaorg masak 3 ekor jer), kuah lontong dan laksa Johor...
 Ada nampak budak kecik meyelit tu.. Ni dah kul 11 xmau tdo lg, kakak nye dah hanyut dah..
Kuah Lontong, Kuah Laksa Johor , Rendang Ayam


Pada Hari Kejadian .... hahahahaha .. Makanan ni utk makan dari pagi hingga ke petang.. Ari Jumaat ritu simpan purse ketat-ketat..



Pose gedik staff unit


mesti pelik kan nape 3 org jer, xambik gambo reramai... dlm unit ini kite bertiga lahir pada tahun yang sama... 



****Abaikan yang ada kat dinding tu*****

Budak tecik  ni anak opismate.. Nama Qaf Aduka Uqael , kelas gitu nama nyer..Org dah abis jamuan baru sampai..

Makan2 gak.. keje kene jalan... 


******************************************************

Sunday 1 September 2013

Aktiviti Hari Jumaat...

Assalamualaikum... Salam senin... 

Jommmm ler layan gambar gediks kitaorg
 

Sempat lagi posing kat Wong Solo..  


 Lawatan sambil belajar ke kilang coklat Beryl...hahahahaha . Planning masa on d way ke Wong Solo.. Tu sampai ke sini..












Wednesday 28 August 2013

Family Gathering 2 Syawal

 Tiap-tiap tahun, 2 Syawal family belah Perak akan buat family gathering... Menu utk tahun ni MIL masak mee rebus, sate, utk dessert buat puding.. Tapi sayang xsempat nak snap gambaq menu, sibuk melayan tetamu... Yang sempat snap gambar hadiah lucky draw.. Ni tahun ketiga kitaorg buat lucky draw.. Alhamdulillah tahun lucky coz dapat grand prize... Dapat jam swatch disponsor oleh BIL..

Antara hadiah yang disponsor oleh sedara... hadiah sponor kita xnampak, lupa nak snap sebelum ni.. Kita bagi bekas tupperware yang diisi dgn homemade biskut raya...

 Muka teruja dapat grand prize... Ingat tahun ni xdpt coz tinggal yang ni jer atas meja.. Tahun-tahun sebelumnya dapat.. Xpa redha kalau xdpt tahun.. Rupa2 nya nak dpt yang mahal.. Alhamdulillah rezeki kan.. Boleh la sepasang dgn hubby coz dia pun dpt jugak,BIL bagi hadiah utk abg2 nyer coz dia dapat emas masa SUKMA tempoh hari dalam sukan Rowing wakil Terengganu.

Ragam haqeem bila dapat atanan.. 2 Syawal beraya dgn mata bengkak.. Tetiba bangun pagi sebelah mata bengkak, Xtau kene geget dgn nantang apa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...