Pages

Monday 6 April 2015

Sambal Kelapa Nasi Dagang

Assalamualaikum wbt....

Selamat pagi uollss... Huiihh lama sungguh xbersiaran kat sini... gambar ni dah lama dok bertapa dalam.. dari tahun lepas.. 2 3 menjak ni xde kerajinan nak nak menaip.. ni pun baru nak menjenguk kat sini..

Arini nak up resepi sambal kelapa untuk nasi dagang style kelantan, kalau nasi terengganu xde sambal kelapa ni.. bahan untuk SAMBAL KELAPA ini :

elapa parut dari 1/2 biji kelapa (goreng tanpa minyak hingga garing) 2-3 ekor ikan selayang rebus/bakar Bawang besar-1 labu 1 1/2 inci halia 1 batang serai-hiris halus 1 s/b lada hitam 2 s/b gula merah Secubit garam Cara-cara Tumbuk lada hitam, halia, serai hingga lumat. ketepikan Tumbuk pula bawang merah dan ikan rebus (amik isi je ye) Then tumbuk kelapa parut tadi Satukan semua bahan tumbuk bersama dengan gula merah dan garam.. Rasakan sambal mengikut citarasa.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Kelapa parut dari 1/2 biji kelapa (goreng tanpa minyak hingga garing) 2-3 ekor ikan selayang rebus/bakar Bawang besar-1 labu 1 1/2 inci halia 1 batang serai-hiris halus 1 s/b lada hitam 2 s/b gula merah Secubit garam Cara-cara Tumbuk lada hitam, halia, serai hingga lumat. ketepikan Tumbuk pula bawang merah dan ikan rebus (amik isi je ye) Then tumbuk kelapa parut tadi Satukan semua bahan tumbuk bersama dengan gula merah dan garam.. Rasakan sambal mengikut citarasa.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
elapa parut dari 1/2 biji kelapa (goreng tanpa minyak hingga garing) 2-3 ekor ikan selayang rebus/bakar Bawang besar-1 labu 1 1/2 inci halia 1 batang serai-hiris halus 1 s/b lada hitam 2 s/b gula merah Secubit garam Cara-cara Tumbuk lada hitam, halia, serai hingga lumat. ketepikan Tumbuk pula bawang merah dan ikan rebus (amik isi je ye) Then tumbuk kelapa parut tadi Satukan semua bahan tumbuk bersama dengan gula merah dan garam.. Rasakan sambal mengikut citarasa.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

1 biji kelapa - grg tanpa minyak
1 labu bawang besar
1 1/2 inci halia
2 batang serai- dihiris
sedikit lada hitam
gula melaka dan garam secekup rasa
2 @ 3 ekor ikan selayang bakar atau rebus ( mengikut saiz ikan)

cara :

Tumbuk lada hitam, halia, serai hingga lumat. ketepikan Tumbuk pula bawang merah dan ikan rebus (amik isi je ye) Then tumbuk kelapa parut tadi Satukan semua bahan tumbuk bersama dengan gula merah dan garam.. Rasakan sambal mengikut citarasa.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
- Tumbuk lada hitam, halia dan serai sehingga lumat. Ketepikan
- Tumbuk gula melaka, garam, bawang besar dan ikan rebus @ bakar ( ambik isi ikan jer)
- Kemudian tumbuk kelapa yang digoreng.
- Last sekali gaul semua bahan.. Rasakan sambal mengikut citarasa.
* sambal ini juga sedap dimakan dgn nasi impit.
Bahan2 Kelapa parut dari 1/2 biji kelapa (goreng tanpa minyak hingga garing) 2-3 ekor ikan selayang rebus/bakar Bawang besar-1 labu 1 1/2 inci halia 1 batang serai-hiris halus 1 s/b lada hitam 2 s/b gula merah Secubit garam Cara-cara Tumbuk lada hitam, halia, serai hingga lumat. ketepikan Tumbuk pula bawang merah dan ikan rebus (amik isi je ye) Then tumbuk kelapa parut tadi Satukan semua bahan tumbuk bersama dengan gula merah dan garam.. Rasakan sambal mengikut citarasa.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ





 




Tuesday 6 January 2015

Apam Susu


Assalamualaikum...


Apam Susu In The Houz....

Dah lama dah buat apam susu ni. Arini baru nak wat masuk sini.. Banyak lagi menu simple2 nak masuk sini tp xkesempatan jer.. Bila ada masa baru la menjenguk kat sini..


Ni resepi apam susu, sangat2 la senang nak buat dan sedap.

Bahan2nya :

4 Biji Telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovelatte
2 cawan gandum (ayak)
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar susu pekat
Pewarna kesukaan..

Cara ;

Campurkan semua bahan kecuali tepung gandum. Putar adunan sehingga putih dan bertanduk.
Pastu masukan tepung gandum dan kaup balikan . Bahagikan 3 adunan dan masukan warna kesukaan.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.









Tuesday 9 December 2014

Roti Jala Dengan Kari Ayam

Assalamualaikum.....

Lama sungguh menyepi ni. Berabuk, bersawang2 dah kat sini ni... 2 3 menjak ni sibuk skit.. tu xsempat nak jenguk kat blog sendiri... Dengan xde mood lg la malas nak menjenguk kat sini.. Banyak gambar yg pending utk 'up' kat sini.....

 Nak kongsi resepi roti jala yg supersedap, supermabeles... Hari kejadian buat roti jala dh lupa ari tp weekend la... Time weekend la yg rajin nyer pun. 


Ni resepi nyer :

1 kg tepung gandum
6 gelas air (guna gelas kaca yg warna coklat)- kalau xde gelas kenela agak2 kepekatan bancuhan nyer.
4 biji telur
1/2 cawan minyak
1 sudu butter
1 tin susu cair
Garam secukup rasa.
***** masa buat yg ni aku buat separuh dari resepi ni. Sekilo byk sangat,
warna ikut suka nak letak warna apa .

--Campur semua bahan dan bland.. Kaedah ikut cara masing2.. mcm aku yg agak pemalas ni bland jer.
--Kalau berketul2 tapis dulu la yer.

 










Cicah dengan kari ayam yang sngt yummy...



Thursday 2 October 2014

Apam Beras

Assalamualaikum....

Fuhhhh, fuhhhhh, fuhhhhh...berabuk tempat aku ni..ishhhh... buang habuk dulu la sebelum nak mulakan bicara yg xseberapa sgt ni..Rasa mcm dah lama sgt tak menjenguk kat sini... Sebenarnya arini mood keje dah ke laut dalam dah.. hati ni dah nak balik kg dah walaupun balik kg pagi raya, xkisahlah janji dapat balik. huhuhuhu.... rasa nyer semlm org dah balik kg coz kat klate jalan dah jem dah.. arini lg la ramai org balik kg..  Tp xpa balik pagi raya in sha Allah xjem yg jem nye bila sampai Kota Bharu...

Disebabkan arini hati berbunga2 riang so aku nak share dgn korang resepi apam beras warna warni yang sedappppp sangattt ni... Ni hasil kongsi resepi dari Aqila bambam (nama manja) sebab sebelum dia yang buat n bawak opis... Bila sedap mestila nak buat lg kan.. lagi satu memang feberet aku apam beras ni. Gigihla aku buatnya kebetulan pula  mak n bapak mertua ada kat umah blh wat mkn utk bfast.


Bahan-bahan:

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu teh yis (mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam

Cara:

1-  Bland nasi dan air sehingga hancur.
2-  Setelah hancur, masukan brown sugar dan gula, bland sehingga sebati.
3-  Dalam bekas lain, satukan semua tepung dan yis.
4-  Masukan bahan yang di bland td ke dalam bekas berisi tepung. kacau sehingga sebati.
5-  Perap selama 1 jam atau lebih ( mcm aku, buat malam, esok pagi nyer baru kukus)
6-  Kalau nak warna warni mcm dalam gambar tu, bahagikan 3 adunan @ lebih.
7-  Masukan dalam acuan kecil (jika ada) dan kukus selam 15 minit ( aku guna loyang bulat kukus 30 minit).
8-  Siap..... Makan dengan kelapa parut.














Adunan banyak tu dapat 2 biji loyang kecil dgn 1 bekas kecil tupperware putih... puas hati dapat makan banyak2...


Tuesday 5 August 2014

Tempoyak Pucuk Ubi Dengan Petai

Assalamualaikum wbt...

Selamat Hati Raya... rase tidak terlewat lg nak ucap selamat hari raya okh. Raya kan sebulan... 10 Syawal baru sempat nak menjenguk kat sini. Bz la kan baru masuk opis minggu ni.. Ye la tu bz Rasyiqah hoiii..padahal xde wat pape pun..

Tahun ni turn raya kat Kelate dlu baru Perak.. Kami balik ari jumaat pukul 1 pg dari Putrajaya, sampai Kelate dalam kul 8.30 pg..Masa balik tu kete banyak jugak tapi xjem la. Kami balik awal 3 hari coz nak posa kat sana. Raya kedua baru balik Perak coz ada family gathering n cabutan bertuah.. Tahun ni aku xbertuah, yg bertuahnyer anak2 n en hubby.  Tahun lepas dah bertuah dapat Grand Prize, dapat jam Swatch. Memang tiap2 tahun sistem giliran kami mcm ni, akan balik dua2 kg. tapi yg bergilirnyer raya mana dlu.Tahun lepas raya kat Perak dlu, pastu baru balik Klate. Tp tahun lepas balik Klate lewat skit, raya ke 5 baru balik coz raya ke 3 n 4 en hubby kene  masuk keje. 

Raya ni masak rendang ayam dengan ketupat palas. Buat sendiri hokay walaupun rupa ketupat tu nampak buruk bebenor janji sedap ( angkat bakul sendiri). Biasala org Perak mkn ketupat palas dgn rendang time raya, so kene la blaja buat dan masak. Kakak aku plak masak lontong, sambal lodeh, kuah kacang dengan nasi impit. Nak wat camnerkan  masak ikut negeri laki masing2. Hahahaha.. Ishhh panjang pulak citer nyer yer..
 

Ni la rupa ketupat palas hasil tangan sendiri.. Yg pasti sedak dan lemak2 gitu.
Meh sini ah, sebenarnya nak tunjuk apa yg aku masak pg td jer.. Masak tempoyak pucuk ubi. Bulan puasa ritu teringin nak mkn tapi malas nak buat. Nak beli kat anjung mahai sesangat. 1 senduk rm 3. So arini baru kesempatan nak buat. Pucuk ubi ni aku hiris malam td. 

Bahan2 nyer senang jer nak dapat,

1 ikat pucuk ubi
3 @  4 helai daun kunyit
4 batang serai - bnyak ni jer stok ada kat umah.
2 papan petai- ikut suka nak letak banyak mana
2 senduk tempoyak
RM 2 santan
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
9 biji cili api
1 genggam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.

Hiris halus pucuk ubi,daun kunyit dan serai- celur sekejap dan toskan
Cili, kunyit  dan bawang-kisar
Masukan bahan yg dikisar dalam periuk, masukan tempoyak, ikan bilis. Jangan lupa bukak api, nnt kang xmasak plak.
Bila dah mendidih masuk santan, pucuk ubi,petai, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Hidangkan dgn nasi panas2 bersama2 ikan grg, Perghhhh sedap. Xsabar nak balik bukak puasa ni.





Meriah dengan petai.


Gambar raya tahun 2014. Sedondondon gitu.




Tuesday 22 July 2014

Badam Bersalut Coklat

 Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah siap jugak badam bersalut coklat.. Ni kira last sekut raya.. Disebabkan senang sesangat tu yang buat last minit. Xyah nak bakar2 bagai, gaul dengan cooking chocolate jer. Masa buat badam ni assistant cilik yang sibuk nak nolong.. Bg diorg tabur rainbow coklat rice jer.. Yg si adik pulak sibuk nak mkn.. Siap ambik mangkuk suruh isi dalam mangkuk.. 4 5 kali menambah.


Bahan 

250gm bubble rice
250 gm koko crunch-kecik ( beli kat bakeri)
500gm cooking chocolate
500gm badam yg hiris panjang2
Rainbow coklat rice
Paper cup.


Cara :

-Cairkan cooking chocolate - kaedah double boil.
-Gaulkan semua bahan dan masukan dlm paper cup.
-Hias dgn rainbow coklat rice 
-Masukan dalam peti ais supaya coklat cepat keras.



Bubble Rice

koko crunch



Cooking Chocolate



1/2 kg badam



Paper Cup dgn Rainbow Coklat Rice


Sangai badam


Ni la rupa badam bersalut coklat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
@ hati dah xsabar nak balik kampung dah ni, semoga perjalanan dipermudahkan@






Kuih Siput

Assalamualaikum wbt.... 

Arini dah 24 Ramadhan umat islam berpuasa... Sekejap jer masa berlalu.. dah nak sambut raya...Dan lagi xsabar bila tahun ini raya kat Kelate dlu.. Raya kedua baru balik Perak.. dan dapat berpuasa kat Kelate.. In Sha Allah bertolak Jumaat sebelum sahur dapat la 3 hari berpuasa kat Klate.. Semoga jalan pulang dipermudahkan dan selamat ke destinasi.

Tahun ini buat biskut simple2 jer dan salah satunye kuih siput.. Lama giler xbuat kuih siput ini.. Seingat nyer last kali buat kuih ni masa Arwah ma ada lg.. Punyer la lama xbuat.. Ni teringin punyer pasal gigih menyiput memalam.. Sebbaik la ada org tolong nak buat.. Buat 1 adunan dapat la 1 bekas sederhana..penat menyiput sebbaik sedak dan ranggup.. 


Bahan-bahan

600gm tepung gandum
220 gm marjerin- cairkan dan sejukan
2 camb serbuk kari - gaul bersama tepung
2 tangkai daun kari - kisar
2 biji bawang putih - kisar
15 gm udang - kisar ( dalam resepi tulis udang je, xbgtau plak guna udang basah atau kering tp aku bantai guna udang basah, grg terlebih dahulu dan kisar)
15 gm jintan manis - kisar
15 gm jintan putih - kisar
1 biji telur
150 ml++ air ( letak sikit2 nnt doh terlembik)
sedikit garam

6 tangkai @ lebih untuk grg bersama dgn kuih siput.

Gaulkan tepung + marjerin cair jadi macam bread crumble. dan bahan yg di kisar sehingga sebati, Masukan telur dan air sehingga menjadi doh dan tak melekat kat tangan. 
Bila doh dah OK blh start menyiput. 
Mula2 buat cantik jer siput nyer.. Bila dah lama xtau dah rupa mcm apa dah.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...