Pages

Monday 19 March 2012

Nasi Mandhi Abu Dhabi


Teringin sangat nak mkn nasi arab yang bt sendiri..google cari resepi ..tup tup jumpa resepi kat blog resepi raidah..terima kasih kak..memang terbaekk walaupun nampak xmenarik macam kat resepi raidah..

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Sunday 18 March 2012

lauk simple jer..

Udang Goreng Kentang
....Lauk paling simple utk mkn mlm ari kamis ritu...dah xtau nak masak lauk apa..ni la jadi nyer..
resepi paling sonang ahh...kita org kalu ari keje mcm ni la, lauk cukup la 1 atau 2 jenis..takyah banyak2 membazir jer..2 org jer yg makan..campak itu sikit ini sikit jadi lah..

Bahan :-
Bawang putih-cincang
Bawang merah-mayang
kentang-potong nipis
udang
cili hidup @ cili padi - sapa2 yg suka pedas blh letak cili padi,ambik sebiji terus berasap telinga..
garam-secukup rasa
kunyit -secubit
Minyak- utk tumis

*Tumis bawang putih,pastu masukan kentang + kunyit+ air..masak sampai empuk  gebu...
*Masukan udang..cili..bawang..garam...
*Blh lah makan dgn nasi panas2..terangkat pinggan minta nasik tambah..:)

Thursday 15 March 2012

nasi tomato mama





Isnin(12032012)
 Selongkar dalam peti ais tup tup jumpa drumstik.time ni cuti coz pengasuh anak cuti balik kg..blh la masak bagai2 ..kalau tak belum tentu sempat nak masak yang pelik2 ni...trus idea nak masak nasi tomato ni..ni salah satu favourite Mr.Hubby..tu minta resepi dgn makmertua....mula2 bt tu xbrapa nak jadi sngt..nasi dia terlebih air..bila dah terlebih jd lembik la kan.huhuhu..Mr.hubby ni xsuka sngt mkn yang berkuah...jd xde la kuah..kalu suka makan dgn kuah blh la bt sup @ dalca..blh la sesiapa nak cuba bt nasi ni....

Bahan A :-

Jintan manis-bland kering
lada hitam-bland kering
bawang besar,bawang putih,halia - bland
ayam
beras
tomato-jus
sos tomato

Bahan B:-
bawang merah @ besar,bawang putih, halia-mayang
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
minyak sapi

Bahan C:-
cili hidup merah-potong
cili hidup hijau-potong
carrot - parut

Sambal kicap
 cili padi potong
kicap
limau kasturi

Acar
Timun - biasa guna timun jepun
carrot,nenas,bawang besar,cili hidup
garam dan gula..

 cara2:-

  1. Tumis bahan B hingga naik wangi
  2. Campurkan bahan A
  3. Masukan ayam-masak sehingga empuk..
  4. Masukan bahan C
  5. Kemudian masukan beras dan jus tomato..Gaul sebati
  6. Untuk warna - masukan sos tomato
  7. Garam secukup rasa.
  8. Masak sehingga nasi masak..:)
  9.  * 2 cawan beras = 2 cawan air @ jus tomato...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
SELAMAT MENCUBA
tunggu next resepi..xtau bila pulak tu..
     

Wednesday 14 March 2012

akhirnyer berasap jugak dapur kat sini..... laksa lemak kelantan

 menu ari sabtu sebelum p berjalan kat bagan lalang.......

  Laksa Kelantan...tetiba jer nak makan laska..kalu dlu teringin nak makan laksa balik kg.. skrang tidak lg coz laksa ni dah senang nak cari..sebelum ni dok KL xtau nak cari kat mana..skrang ni dok kat Putrajaya,senang jer nak cari sama ada pasar presint 8 atau pun pasar borong selangor..Mr Hubby kureng skit laksa2 ni, tp bila bt laksa kelantan dia suka..Kitaorg kalau bt laksa ni siap blh tambah 2 3 kali..Ni bahan2 utk kuah laksa n sewaktu denganyer...

 Bahan utk kuah:-
1/2 kilo ikan sardin (rebus)
RM2 santan
2 ulas bawang besar(holland) kekadang tu guna yg merah tu..
1 ulas bawang putih
2 cm halia
lada hitam(tumbuk halus)
3 keping asam keping
garam
gula

Ulam:-
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Taugeh
Bunga Kantang

Sambal :-
cili hidup
cili api
belacan

*laksa beras,kalau xder laksa tu biasa guna laksa kering yang halus..besar skit drp bihun.

* cara utk buat kuah
Ikan tu semestinyer rebus dlu k..ambik isi..tulang n air rebusan tu jgn buang plak..bland isi ikan jgn lama sangat..sekali pusing je,kalau hancur sngt  xbest..tulang tu pun kene bland gak..betul2 hancur lumat..oktak ayat ni..Bawang, halia bland..bila dah bland semua..campur semua bahan tu.sekali gus...bila masak tu kene sentiasa kacau,takut nnt kuah dia berketul2 coz guna santan kan..masukla garam n gula secukup rase.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...