Sunday, 22 December 2013

Homemade Sos bolognese dengan Spirals



Assalamualaikum wbt.....Huuihh lama nyer tak mengedate blog baru ( baru sebulan tak mengedate)..

Ni permintaan anak dara nak makan mee grg, mee nyer xde , yang ada stok kat umah cuma spirals ni jer.. Sebbaik ok jer...

Nak masak sos plak, stok prego plak dah abis sebbaik ada tomato, blh la buat sos sendiri.. Adala sedikit ilmu yang diajar oleh chef masa keje kat hotel dlu2 untuk dikongsikan kat sini....

Sos Bolognese 

Daging cincang - buat sendiri , bland kering
1 labu Bawang besar - bland
 cili kering- nak pedas letak banyak2( biasa la tekak melayu nak mkn pedas2 kan) - bland
2 biji tomato - baked n bland bersama bawang besar
2 biji Bawang putih- cincang halus
2 biji bawang merah - cincang halus
2 sudu kecil mix herbs
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 slice cheese
Cendawan kering -rendam dan potong ikut citarasa nak potong mcm maner
Garam dan gula secukup rasa
Minyak


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masukan bawang yg dicincang halus dan mix herbs. Lepas tu masukan bahan yang dibland. Bila dah mendidih masukan daging cincang. Masak sehingga daging empuk..
2. Bila daging empuk masukan sos tomato, sos tiram dan cendawan..
3. Perlahankan api dan masukan cheese, biarkan di atas api supaya kuahnya pekat.
4. Tutup api dan ,masukan garam dan gula secukup rasa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...