Thursday, 2 October 2014

Apam Beras

Assalamualaikum....

Fuhhhh, fuhhhhh, fuhhhhh...berabuk tempat aku ni..ishhhh... buang habuk dulu la sebelum nak mulakan bicara yg xseberapa sgt ni..Rasa mcm dah lama sgt tak menjenguk kat sini... Sebenarnya arini mood keje dah ke laut dalam dah.. hati ni dah nak balik kg dah walaupun balik kg pagi raya, xkisahlah janji dapat balik. huhuhuhu.... rasa nyer semlm org dah balik kg coz kat klate jalan dah jem dah.. arini lg la ramai org balik kg..  Tp xpa balik pagi raya in sha Allah xjem yg jem nye bila sampai Kota Bharu...

Disebabkan arini hati berbunga2 riang so aku nak share dgn korang resepi apam beras warna warni yang sedappppp sangattt ni... Ni hasil kongsi resepi dari Aqila bambam (nama manja) sebab sebelum dia yang buat n bawak opis... Bila sedap mestila nak buat lg kan.. lagi satu memang feberet aku apam beras ni. Gigihla aku buatnya kebetulan pula  mak n bapak mertua ada kat umah blh wat mkn utk bfast.


Bahan-bahan:

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu teh yis (mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam

Cara:

1-  Bland nasi dan air sehingga hancur.
2-  Setelah hancur, masukan brown sugar dan gula, bland sehingga sebati.
3-  Dalam bekas lain, satukan semua tepung dan yis.
4-  Masukan bahan yang di bland td ke dalam bekas berisi tepung. kacau sehingga sebati.
5-  Perap selama 1 jam atau lebih ( mcm aku, buat malam, esok pagi nyer baru kukus)
6-  Kalau nak warna warni mcm dalam gambar tu, bahagikan 3 adunan @ lebih.
7-  Masukan dalam acuan kecil (jika ada) dan kukus selam 15 minit ( aku guna loyang bulat kukus 30 minit).
8-  Siap..... Makan dengan kelapa parut.














Adunan banyak tu dapat 2 biji loyang kecil dgn 1 bekas kecil tupperware putih... puas hati dapat makan banyak2...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...