Tuesday, 6 January 2015

Apam Susu


Assalamualaikum...


Apam Susu In The Houz....

Dah lama dah buat apam susu ni. Arini baru nak wat masuk sini.. Banyak lagi menu simple2 nak masuk sini tp xkesempatan jer.. Bila ada masa baru la menjenguk kat sini..


Ni resepi apam susu, sangat2 la senang nak buat dan sedap.

Bahan2nya :

4 Biji Telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovelatte
2 cawan gandum (ayak)
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar susu pekat
Pewarna kesukaan..

Cara ;

Campurkan semua bahan kecuali tepung gandum. Putar adunan sehingga putih dan bertanduk.
Pastu masukan tepung gandum dan kaup balikan . Bahagikan 3 adunan dan masukan warna kesukaan.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...