Pages

Tuesday 9 December 2014

Roti Jala Dengan Kari Ayam

Assalamualaikum.....

Lama sungguh menyepi ni. Berabuk, bersawang2 dah kat sini ni... 2 3 menjak ni sibuk skit.. tu xsempat nak jenguk kat blog sendiri... Dengan xde mood lg la malas nak menjenguk kat sini.. Banyak gambar yg pending utk 'up' kat sini.....

 Nak kongsi resepi roti jala yg supersedap, supermabeles... Hari kejadian buat roti jala dh lupa ari tp weekend la... Time weekend la yg rajin nyer pun. 


Ni resepi nyer :

1 kg tepung gandum
6 gelas air (guna gelas kaca yg warna coklat)- kalau xde gelas kenela agak2 kepekatan bancuhan nyer.
4 biji telur
1/2 cawan minyak
1 sudu butter
1 tin susu cair
Garam secukup rasa.
***** masa buat yg ni aku buat separuh dari resepi ni. Sekilo byk sangat,
warna ikut suka nak letak warna apa .

--Campur semua bahan dan bland.. Kaedah ikut cara masing2.. mcm aku yg agak pemalas ni bland jer.
--Kalau berketul2 tapis dulu la yer.

 










Cicah dengan kari ayam yang sngt yummy...



Thursday 2 October 2014

Apam Beras

Assalamualaikum....

Fuhhhh, fuhhhhh, fuhhhhh...berabuk tempat aku ni..ishhhh... buang habuk dulu la sebelum nak mulakan bicara yg xseberapa sgt ni..Rasa mcm dah lama sgt tak menjenguk kat sini... Sebenarnya arini mood keje dah ke laut dalam dah.. hati ni dah nak balik kg dah walaupun balik kg pagi raya, xkisahlah janji dapat balik. huhuhuhu.... rasa nyer semlm org dah balik kg coz kat klate jalan dah jem dah.. arini lg la ramai org balik kg..  Tp xpa balik pagi raya in sha Allah xjem yg jem nye bila sampai Kota Bharu...

Disebabkan arini hati berbunga2 riang so aku nak share dgn korang resepi apam beras warna warni yang sedappppp sangattt ni... Ni hasil kongsi resepi dari Aqila bambam (nama manja) sebab sebelum dia yang buat n bawak opis... Bila sedap mestila nak buat lg kan.. lagi satu memang feberet aku apam beras ni. Gigihla aku buatnya kebetulan pula  mak n bapak mertua ada kat umah blh wat mkn utk bfast.


Bahan-bahan:

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu teh yis (mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam

Cara:

1-  Bland nasi dan air sehingga hancur.
2-  Setelah hancur, masukan brown sugar dan gula, bland sehingga sebati.
3-  Dalam bekas lain, satukan semua tepung dan yis.
4-  Masukan bahan yang di bland td ke dalam bekas berisi tepung. kacau sehingga sebati.
5-  Perap selama 1 jam atau lebih ( mcm aku, buat malam, esok pagi nyer baru kukus)
6-  Kalau nak warna warni mcm dalam gambar tu, bahagikan 3 adunan @ lebih.
7-  Masukan dalam acuan kecil (jika ada) dan kukus selam 15 minit ( aku guna loyang bulat kukus 30 minit).
8-  Siap..... Makan dengan kelapa parut.














Adunan banyak tu dapat 2 biji loyang kecil dgn 1 bekas kecil tupperware putih... puas hati dapat makan banyak2...


Tuesday 5 August 2014

Tempoyak Pucuk Ubi Dengan Petai

Assalamualaikum wbt...

Selamat Hati Raya... rase tidak terlewat lg nak ucap selamat hari raya okh. Raya kan sebulan... 10 Syawal baru sempat nak menjenguk kat sini. Bz la kan baru masuk opis minggu ni.. Ye la tu bz Rasyiqah hoiii..padahal xde wat pape pun..

Tahun ni turn raya kat Kelate dlu baru Perak.. Kami balik ari jumaat pukul 1 pg dari Putrajaya, sampai Kelate dalam kul 8.30 pg..Masa balik tu kete banyak jugak tapi xjem la. Kami balik awal 3 hari coz nak posa kat sana. Raya kedua baru balik Perak coz ada family gathering n cabutan bertuah.. Tahun ni aku xbertuah, yg bertuahnyer anak2 n en hubby.  Tahun lepas dah bertuah dapat Grand Prize, dapat jam Swatch. Memang tiap2 tahun sistem giliran kami mcm ni, akan balik dua2 kg. tapi yg bergilirnyer raya mana dlu.Tahun lepas raya kat Perak dlu, pastu baru balik Klate. Tp tahun lepas balik Klate lewat skit, raya ke 5 baru balik coz raya ke 3 n 4 en hubby kene  masuk keje. 

Raya ni masak rendang ayam dengan ketupat palas. Buat sendiri hokay walaupun rupa ketupat tu nampak buruk bebenor janji sedap ( angkat bakul sendiri). Biasala org Perak mkn ketupat palas dgn rendang time raya, so kene la blaja buat dan masak. Kakak aku plak masak lontong, sambal lodeh, kuah kacang dengan nasi impit. Nak wat camnerkan  masak ikut negeri laki masing2. Hahahaha.. Ishhh panjang pulak citer nyer yer..
 

Ni la rupa ketupat palas hasil tangan sendiri.. Yg pasti sedak dan lemak2 gitu.
Meh sini ah, sebenarnya nak tunjuk apa yg aku masak pg td jer.. Masak tempoyak pucuk ubi. Bulan puasa ritu teringin nak mkn tapi malas nak buat. Nak beli kat anjung mahai sesangat. 1 senduk rm 3. So arini baru kesempatan nak buat. Pucuk ubi ni aku hiris malam td. 

Bahan2 nyer senang jer nak dapat,

1 ikat pucuk ubi
3 @  4 helai daun kunyit
4 batang serai - bnyak ni jer stok ada kat umah.
2 papan petai- ikut suka nak letak banyak mana
2 senduk tempoyak
RM 2 santan
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
9 biji cili api
1 genggam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.

Hiris halus pucuk ubi,daun kunyit dan serai- celur sekejap dan toskan
Cili, kunyit  dan bawang-kisar
Masukan bahan yg dikisar dalam periuk, masukan tempoyak, ikan bilis. Jangan lupa bukak api, nnt kang xmasak plak.
Bila dah mendidih masuk santan, pucuk ubi,petai, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Hidangkan dgn nasi panas2 bersama2 ikan grg, Perghhhh sedap. Xsabar nak balik bukak puasa ni.





Meriah dengan petai.


Gambar raya tahun 2014. Sedondondon gitu.




Tuesday 22 July 2014

Badam Bersalut Coklat

 Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah siap jugak badam bersalut coklat.. Ni kira last sekut raya.. Disebabkan senang sesangat tu yang buat last minit. Xyah nak bakar2 bagai, gaul dengan cooking chocolate jer. Masa buat badam ni assistant cilik yang sibuk nak nolong.. Bg diorg tabur rainbow coklat rice jer.. Yg si adik pulak sibuk nak mkn.. Siap ambik mangkuk suruh isi dalam mangkuk.. 4 5 kali menambah.


Bahan 

250gm bubble rice
250 gm koko crunch-kecik ( beli kat bakeri)
500gm cooking chocolate
500gm badam yg hiris panjang2
Rainbow coklat rice
Paper cup.


Cara :

-Cairkan cooking chocolate - kaedah double boil.
-Gaulkan semua bahan dan masukan dlm paper cup.
-Hias dgn rainbow coklat rice 
-Masukan dalam peti ais supaya coklat cepat keras.



Bubble Rice

koko crunch



Cooking Chocolate



1/2 kg badam



Paper Cup dgn Rainbow Coklat Rice


Sangai badam


Ni la rupa badam bersalut coklat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
@ hati dah xsabar nak balik kampung dah ni, semoga perjalanan dipermudahkan@






Kuih Siput

Assalamualaikum wbt.... 

Arini dah 24 Ramadhan umat islam berpuasa... Sekejap jer masa berlalu.. dah nak sambut raya...Dan lagi xsabar bila tahun ini raya kat Kelate dlu.. Raya kedua baru balik Perak.. dan dapat berpuasa kat Kelate.. In Sha Allah bertolak Jumaat sebelum sahur dapat la 3 hari berpuasa kat Klate.. Semoga jalan pulang dipermudahkan dan selamat ke destinasi.

Tahun ini buat biskut simple2 jer dan salah satunye kuih siput.. Lama giler xbuat kuih siput ini.. Seingat nyer last kali buat kuih ni masa Arwah ma ada lg.. Punyer la lama xbuat.. Ni teringin punyer pasal gigih menyiput memalam.. Sebbaik la ada org tolong nak buat.. Buat 1 adunan dapat la 1 bekas sederhana..penat menyiput sebbaik sedak dan ranggup.. 


Bahan-bahan

600gm tepung gandum
220 gm marjerin- cairkan dan sejukan
2 camb serbuk kari - gaul bersama tepung
2 tangkai daun kari - kisar
2 biji bawang putih - kisar
15 gm udang - kisar ( dalam resepi tulis udang je, xbgtau plak guna udang basah atau kering tp aku bantai guna udang basah, grg terlebih dahulu dan kisar)
15 gm jintan manis - kisar
15 gm jintan putih - kisar
1 biji telur
150 ml++ air ( letak sikit2 nnt doh terlembik)
sedikit garam

6 tangkai @ lebih untuk grg bersama dgn kuih siput.

Gaulkan tepung + marjerin cair jadi macam bread crumble. dan bahan yg di kisar sehingga sebati, Masukan telur dan air sehingga menjadi doh dan tak melekat kat tangan. 
Bila doh dah OK blh start menyiput. 
Mula2 buat cantik jer siput nyer.. Bila dah lama xtau dah rupa mcm apa dah.
 

Tuesday 15 July 2014

Kuih Seri Muka

 Assalamualaikum wbt.... 


Arini dah masuk 18 Ramadhan... Lagu raya pun dah ada kat radio.. Mood nak raya dah datang, tapi mood nak buat sekut raya belum ada lg.. In Sha Allah weekend ni la baru nak start bprojek sekut raya.. Buat sekut simple2 jah. Bahan pun xcukup lg nak buat...


Yang ni plak main masak2 hujung minggu untuk buat bukak puasa.. Time cuti jer blh masak kuih muih bagai.. Sabtu buat puding roti, ahad buat seri muka...resepi by MIL... Sebelum buat tepon dlu mintak resepi.. huhuhuhu... Resepi sangat2 la senang..


 

 Ni utk bahagian bawah... Kita guna sukatan bekas putih utk buat dadih

3 bekas tepung pulut
3 bekas santan
sedikit garam

Kukus dalam 20 minit atau sehingga masak.. Selepas itu padatkan pulut seperti dalam gambar.


 

 Untuk bahagian atas- . Kita guna sukatan bekas putih utk buat dadih

1 bekas tepung gandum
2 bekas atau 1 3/4 gula
3 bekas cecair ( 2 santan, 1 air daun pandan)
2 biji telur 
sedikit garam

Semua bahan di atas kita bland jer- senang keje
Bila pulut dah padat, curahkan adunan atas tu ( jangan lupa tapis, nnt kang ada lagi tepung berketul2)
Kukus selama 20 minit @ sehingga masak.
In Sha Allah kompom jadi..
 

Inilah rupa nyer... Tapi yang best nyer anak2 makan bahagian bawah jer. bahagian atas mama nyer yg mkn..Humaira siap cakap "kakak suka mkn yang ni (bawah),nnt mama masak yang ni jer. Kakak xsuka mkn yg hijau ni"

Monday 7 July 2014

Paprik Seafood


Assalamualaikum wbt....

Bersiaran lg kita arini.... Pejam celik pejam celik arini dah masuk 10 ramadhan kita berpuasa.. kejap jer masa berlalu kan.... dan arini juga baru masuk opis. jumaat hingga senin choti balik Perak,.. Anak2 sibuk nak balik kg.. Nak balik weekend jer mcm tk cukup utk diorg spend time dgn tok n tokwan nyer, tu yg ambik choti.. Lama skit diorg manja2 dgn tok n tokwan diaorg ni.. Tu pun on d way balik sini kakak siap cakap lg nnt kita balik kg lg yer mama....


Dan yg ni plak kisah sebelum balik kampung.....

Menu utk bukak posa sesangat la simple.... Paprik seafood ala kadar nama nyer....

Bahan2 nyer pun senang...

7 ekor udang
5 ekor sotong
1 paket baby corn
4 batang kacang panjang
cauliflower
2-3 keping daun limau purut
1 batang serai-di ketuk
1 camt perencah tomyam
2 camb sos tiram
3 camb sos tomato
3 camb sos cili
2 camb kicap manis
2 camb kicap masin
3-4 ulas bawang putih- diketuk
2-3 biji cili kering-  bland
1 biji bawang besar
3-4 biji cili api
minyak utk menumis
sedikit air

Cara
-Panaskan minyak..kemudian tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik wangi.. Selepas itu masukan daun limau purut dan serai.. kemudian masukan pes tomyan dan sedikit air.
-Selepas itu masukan baby corn masak sehingga empuk, bila dah empuk masukan cauliflower..
- kemudian masukan kesemua sos. Kacau sebati dan masukan binatang2 dan kacang panjang.. jgn masak terlalu lama nnt isi binatang2 tu keras... Last sekali masukan bawang besar. Garam dan gula kita xletak coz sos yg kita letak kat dalam ni dah cukup semua perasa..




Wednesday 2 July 2014

Cucur Udang dengan kuah kacang


Assalamualaikum wbt....

Arini dah masuk 5 Ramadhan kita berpuasa.. Selamat berpuasa.. 

1st day puasa, bukak posa dgn cucuq udang...Cucuq udang ni feberet en.hubby... Kitaorg makan ni jer utk berbuka.. tahun ni pun niat sama mcm tahun lepas, kurangkan pembaziran dan kurangkan ke PARAM.. Alhamdulillah tahun lepas blh kira dgn jari brapa kali pegi PARAM tu pun teringin nak mkn ayam golek.



Taip kali nak masak cucuq udang dgn kuah kacang tiap kali tu la telefon chef tanya resepi.. Chef MIL..hihihihi.. Ye la pandai mkn cucuq dgn kuah kacang pun sebab MIL yg masak.. kalau tak sebelum ni makn cucuq dgn sos cili biasa jjerr.. rasa xserupa la dgn MIL buat..air tangan lain2 kan walaupun bahan dan cara masak sama.





Bahan untuk cucuq

3 cawan tepung gandum
2 sudu susu tepung- nak bagi rasa lemak
secubit garam
tauge
daun kucai-hiris kasar
bawang besar-hiris halus
udang segar-buang kulitn
air secukupnyer..
minyak utk menggoreng.

- Bancuh tepung gandum + susu tepung + air secukupnyer.
- Gaul kesemua sayur dan udang.
- Rehatkan adunan lebih kurang 1 jam.

Bahan untuk kuah kacang

250gm Kacang tanah -sangai dan kisar kasar
6-7 biji cili kering- potong
1 labu kecik bawang besar-mayang kasar
sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula secukupnyer
air panas.
sedikit minyak

- Goreng bawang, cili kering dan belacan - tos dan kisar kering
- Bila dah kisar, gaul sebati dengan kacang yang telah di kisar.
- Masukan air panas, air asam, garam dan gula secukup nyer. Gaul sebati..dan
- Siap....

Thursday 19 June 2014

Biskut marie cheese meleleh2


Assalamualaikum wbt.... 

Arini nak share resepi paling senang dan simple.. Bila makan ianya cair dimulut gitu.. Bikut marie cheese meleleh2..


 

 Bahan-

750gm cream cheese
3/4 tin susu pekat
1 cawan susu cair
1 bungkus biskut marie ( xkisah perisa apa)
sedikit lemon (kita letak jus limau kasturi lebih kurang 2 camt , kat umah stok lemon dah abis)
Nestum - utk tabus antara lapisan ke lapisan
Fresh milk- utk celup biskut..


Cara-

Pukul cream cheese hingga kembang, kemudian masukan susu pekat dan cair. Selepas itu masukan jus lemon @  limau kasturi.
Panaskan fresh milk. kemudian celup biskut da susun dalam loyang atau sebarang bekas la.. Macam kita buat dlm bekas tupperware senang nak simpan nak tutup.
Bila susun satu baris, letak aduanan cream cheese tu pastu tabur nestum..Ulang sampai abis cream cheese tu.  Utk 1 bungkus biskut dpt 3 bekas.. 2 bekas kecil 1 bekas besar.. Buat 3 layer biskut jer. 
Bila dah siap jangan lupa simpan dalam peti ais.. Sedap mkn sejuk2..




Ayam masak merah ala mamak


Assalamulaikum wbt....

Salam Jumaat semua....

Arini xmo cakap banyak.. Fikir esok nak cuti,  fikir nak bawak besday boy pergi jalan.. Sibuk dok bgtau maknyer nak pegang rabbit.. Esok kita tunggu dan lihat ke mana kita yer anak2..

Ok nak tayang apa yg kita masak arini.. Ayam masak merah ala mamak gitu... Sambal kita masak sebelum tdo mlm tadi.. pagi ini baru goreng ayam n campak jer dalam kuali sambal..

 


Bahan

1 labu bawang holland-mayang kasar
1 labu bawang besar- bland
2 ulas bawang putih- bland
1 inci halia- bland
2 senduk cili kering bland( kalau xmau pedas kurang kan cili kering)
1 camt teh serbuk kari
2 tangkai daun kari
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Ayam - grg terlidih dahulu
minyak utk menumis


Tumis bawang holland.. bila bawang dah kekuningan masuk cili kering.. bila cili kering agak2 dah garing masukan bahan yg dilbland dan serbuk kari.. Masak sehingga naik minyak dan masukan daun kari, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.. Last sekali masukan ayam yang dah digrg...

 




Bekal anak2 g umah pengasuh... Roti dgn peanut coklat.. Bekal maknyer lupa nak snap..

Monday 16 June 2014

Mee Kuah Black Pepper


Assalamualaikum wbt....


Lama tak bersiaran kat sini... Xde la busy mana pung dengan keje, mood xberapa nak ada...
Arini pukul 5 dah bgn, meme tiap-tiap ari bgn kul 5 pung untuk masak kecuali weekend la lewat skit.. Masak bekal untuk anak2 dengan utk diri sendiri... Semlm dengan arini xyah g umah pengasuh, pengasuh on leave so sebbaik papa nyer keje mlm blh la jaga budak 2 org tu.. Semlm masak kari ayam jer dengan nasi putih.. Suka pulak anak2 dgn kari ayam tu, risau la jugak kot2 xmkn kan.. Humaira (nama manja Kakak) siap puji mama dia masak sedap.. Kakak suka kari ayam xpedas pung.. Tp ada gak rasa pedas skit2, blh tahan la tu kot makan pedas..

Arini pulak masak Mee kuah, permintaan kakak jugak.. On d way balik dari opis budak2 ni datang jemput mama nyer.. Saje2 tanya kakak nak mkn apa mee ke bihun.. Jawapan dia mee la.. Saje sakat kakak, kita buat bihun , xnak kakak nak mkn mee sup. Permintaan anak2 kene la buat lagipun org tgh nk membesar bagai johan skrang ni..


Mee rebus in d making kul 5 pagi

 Bahan-bahan sesangat la simple....

 3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Sayur sawi- beli kat pasar tani ( motif cite kat pasar tani coz skrang ada pasar tani kat Kompleks E tiap2 ari senin) senanag ibu2 nak beli barang dapur skrang ini.
Daging
Fish ball 1 paket
1 @ 2 sudu camt black pepper ( kalau suka banyak blh xtrakan lg)
garam secukup rasa
minyak utk menumis.
Mee kuning- celur
Air

Caranyer pun senang

Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.. Pastu masukan daging masak dan air. Masak hingga empuk. Bila daging dah empuk masuk fish ball, sayur, black pepper , dan garam.. Siap dan blh di makan dengan mee atau seangkatan dengannya.



Kalau nak pedas buat cili potong.. Cili, kicap dan limau kasturi..


Bila buat mee kuah mesti teringat kat arwah ma... Arwah ma selalu buat mee kuah ni.. Rindu sangat kat arwah ma... AL-FATIHAH utk arwah ma dgn arwah ayah...

Ni hasil pagi ni jugak Ikan patin masak tempoyak utk bekal tgh hari ...


 
 Nasi putih,ikan patin masak tempoyak, ulam raja dgn budu.. Biaso la kalau ore klate gak kalu xdok budu xsoh.... 


Monday 26 May 2014

Dalca Daging

Assalamualaikum wbt.....

Apa kabar semua... 2 3 hari ni badan xsihat.. Batuk, sakit kepala, sakit tekak nak menelan air pun pedie.. Bila g klinik check rupenyer ada ulser,patut la pedih.... nampak benor kureng minum air putih nyer...hahahahha... Balik klinik berpaket ubat doktor bekalkan.. Mudah2an hilang sakit n pedih tekak ni...


Ni Dalca Daging last minute name nyer....Iyer la memalam masak menda ni.. Pas kerja ari jumaat ritu g melencong ke Mydin dlu baru nak balik umah.. Biasa ari jumaat kalau malas cam gini g beli jer makanan kat pasar malam presint 2 tu.. tapi apakan daya malas nak tempuh jalan jem coz ada Hari belia dgn jom heboh kat situ..

Bila dah sampai umah xtau nak masak apa.. Adalah beli daging yang urat2 kat Mydin td.. cadang nak masak dalca esok nyer tp xjadi.. Masak trus malam tu, dgn kacang dal xrendam nyer.. Biasa rendam tu sebelum masak kan.. ni masak dalca express rakyat...Kuarkan pressure cooker trus rebus daging tu bagi cepat empuk, bila 2 3 kali bunyi periuk tu masukan plak kacang dal.. Dalam setgh jam siap masak semua sekali... Bila dah siap tersandar penat..kihkihkih



Bahan-bahan :

1 labu bawang besar yang merah tu.( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
4 biji bawang putih ( 2 biji bland @ tumbuk, 2 biji mayang)
2 inci halia     ( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
3 sudu besar kari
1 kotak santan
1 cawan kacang dal
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Sayur : -
1 biji terung
1 biji ubi kentang
1/2 batang carrot
2 batang kacang panjang
2 batang munggai- mengidam masa mengandung anak pertama, ni baru dapat mkn munggai.
1 tangkai daun kari

Daging ( xkisah nak guna daging apa, macam kita suka yang ada urat2 skit)- masak guna pressure cooker


Cara :

-Panasakan minyak, tumiskan 4 sekawan dan bahan yg dimayang terlebih dahulu. Bila dah naik wangi masukan serbuk kari( style kita, kita xcampurkan kari tu dgn air, baru la kari cepat masak)-sentiasa kacau kalau tak kari tu hangit.. Bila serbuk kari dah masak masukan bahan yang di bland atau tumbuk bersama dgn daun kari.
- Kacau sebati, bila dah garing semua bahan masukan santan-api perlahan. Biarkan mendidih bila dah naik minyak masukan sayur-sayuran.
-Lepas tu masukan bahan ni ke dalam periuk yang masak daging + kacang dal tu td.( ini cara kita, lain org lain cara.). Kacau sebati dan masukan perasa secukup rasa.
- Bila dah masakan makan nasi putih panas2 dgn sambal belacan..
- esok nyer plak pulak makan dengan roti puri.. MEMANG TERBAEKKKK.






Wednesday 21 May 2014

Jenjalan kat Melaka

Assalamualaikum wbt.....

Hepi Thursday uolsss... Esok satu hari lg keje.. Pastu chotiiii...

Ini cerita bulan Mac aritu..Kebetulan ada kenduri kawin kat sana.. Apa lagi kami anak beranak bertapa la kat sana 3 hari 2 mlm di Melaka.. Jumaat hingga Ahad.. Hotel kami booking kat Asiarooms.. Ari 1st kami bermlm di Bayou Lagoon Melaka, Humaira sibuk nak mandi swimming pool pastu nak tdo hoktel.. Ari2 dok berzikir kat telinga papa dia... Siap cakap dah lama kakak xtdo hoktel pastu mandi kat swimming pool..

Kami check in kat sini dah petang dah.. Pas check in rehat2 jap.. Sat lagi nak kuar p pekena ikan bakar kat Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.. Tiap kali bermalam kat Melaka mesti makan kat Sungai Duyung.. Sedap, Cepat dan Murah.. Dalam kul 6 lebih kami kuar JJCM.. Menu, nasi lemak 5 bungkus, ikan jenahak ( sebelah bakar kosong, sebelah lg bakar sambal), kerang rebus, sotong goreng celup tepung, air sirap 4 gelas semuanya 60 hinggit. Semua fresh.


Esok nyer plak si kenit dua org ni xsabar nak g mandi swimming pool.. Pas jer bekpes kami berkubang kat swimming pool.. Sepatut nyer Humaira kene bayar RM10, tp org yg jaga kat situ bermurah hati  bg free coz tinggi humaira cecah skit jer dari had ukurannya, 98 cm. Mcm kami dah termasuk dgn package bermalam tu.

Ni lah budak yang nak mandi swimming pool tdo hoktel...

Budak  dah kesejukan..





Nampak tak orang yg turun slide tu... Kakak sibuk nak naik slide tu, so mamalah penenamnyer..  Kami turun mandi kul 9 pagi, kul 11 lebih baru naik.. Sampai la diorg minta balik sebab dah sejuk lagi pun dah panas...




Anak-anak tgh menembak mama nyer..

Puas dapat mandi swimming pool... Kul 12 kami check out  trus pergi ke tempat kenduri.. Perut tgh lapo pastu dapat plak makan nasi kenduri memang heaven betul lah..

Inilah pengantin nyer...

Pengantin lelaki berbaju pink tu kawan kitaorg masa blaja kat IKM Pasir Mas.. Kenduri nyer kat Padang Sebang.. Kami konvoi dgn kawan yang memang duduk Melaka.

 Pas kenduri kat Padang Sebang, Check in plak hotel di Bandar Melaka. Malam tu kita JJCM kat bandar Melaka jer cari kedai asam pedas.. Kebetulan ada pasar mlm, pusing2 jap kat pasar malam tu..

Pas bekpes sambung mandi swimming pool kat sini plak.. Sekejap jer layam si kenek ni mandi.. Kami check out awal sebab nk p jalan2 kat bandar plak..


Bawak diorg naik Taming Sari walaupun pernah naik sebelum tp masa tu si haqeem kecik lg.

 


 



 Penat berjalan kaki dari Menara Taming Sari ke Shopping Mall Mahkota Parade.. Penat dah nak berjalan kami naik beca.. Bagi diorg merasa naik beca plak.. Kakak naik dgn papa, adik naik dgn mama.
 
Beca yang kakak dgn papa naik tak cantik sgt, hahahahha..


Haqeem dgn mama naik beca ni.. Lori tu xpernah tinggal.. di mana ada haqeem di situ la ada lori.. tp lori dah rosak dah.. Ye la tiap kali nak mandi bawa sekali lori mandi..
Penat dah berjalan2.... Masuk kete minum susu trus lena... OTW balik kami singgah makan kat Coconut Shake Klebang... Pekena air coconut shake, nasi lemak n kuih muih kat situ.. Dalam kul 3 baru bertolak balik.. Sebbaik jalan tak jem,sebelum kul 7 dah sampai umah.. Sebelum nak sampai umah banyak plak penyinggahannyer, tu yang sampai umah kul 7 mlm.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...