Wednesday, 27 November 2013

Kuih Getas

Assalamulaikum wbt.....

Rasa mcm dah lama xup kat sini... Arini pepagi ni kita nak up Kuih getas yang kita buat pagi semlm.. Teringin sangat nak mkn kuih tapi jarang jumpa kat kedai2.. So lebih senang  google resepi kat internet buat sendiri.. First time buat kuih ni sebbaik jadi ..lembut dan sedapp(hahahha  angkat bakul sendiri)... Terima kasih banyak2 org yang sudi kongsi resepi ni..




Kuih getas-getas

Bahan-bahannya:-

  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
  • 150-180ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
  1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
  2. Biarkan sebentar selama 10 minit 
  3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper
  4. Panaskan minyak dengan api sederha
  5. Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan 
  6.  Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah 
  7.  Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.









Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
Cara-caranya:-
  1. Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
  2. Jika perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.   Biarkan ia selama 7 minit.Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
  3. Terus matikan api dapur ye.
  4. Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. #resepi copypaste kat blog insan yg sudi kongsi resepi ni...







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...