Pages

Monday 10 March 2014

Sambal Hijau Petai

Assalamualaikum wbt......

Sambal Hijau In Da Houz....
Akhir nye dapat gak beli petai..Susah no nak cari petai ini.. Pergi Pasar Presint 8 pun xde, org jual tu cakap dah 2 minggu stok petai xde.... Jauh tau cari petai ni, dekat dgn tol Simpang Ampat, Alor Gajah  Motif pertama cari petai coz nak masak sambal udang petai tp hampa...:( xdpt la nak makan sambal udang petai..Pergghhhhh sedap nye... Misi sambal udang kita akan buat kemudian..

Terjebak buat sambal hijau ni tgk kat instagram salah sorang follower..Memang nampak menarik, rasa pun sedap.

 

Ini bahan utk buat sambal hijau petai.......
  
1 1/2 papan petai- rendam dgn air panas
1 gengam  ikan bilis- grg terlebih dahulu
1 ulas bawang sederhana besar - rebus
10-15 biji cili hijau - rebus bersama bawang
garam dan gula
minyak masak- kita guna minyak jagung
letak sikit air asam - dalam 1 sudu. ( dalam ig tu xletak ais asam) 
* ni pandai2 sendiri...


Tumbuk bawang dan cili hijau tu tumbuk kasar.
Selepas itu gaul semua bahan petai, ikan bilis,sedikit garam garam gula, air asam dan kemudian minyak masak..Siap..
Makan plak dgn nasi panas2.. Nyum2



 
  
Sama-sama lah kita bermunajat dan berdoa kepada NYA... Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terjadi... Senjata Umat Islam adalah berdoa kepada Yang Maha Agong..malah Allah suka kepada hambanya yang selalu berdoa..

*Ya Allah , sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMU .... apa yang berlaku adalah ketentuanMU... kami mohon kasih sayangMU Ya Rabbi, berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan...
Ya Allah, berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya.... Hanya kepadaMU kami berserahdan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan.. Aaamiin...*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...