Pages

Thursday 16 January 2014

Roti Poori

Assalamualaikum.....

Ni menu dinner utk makan anak beranak..  Roti poori ala rasyiqah gitu.. Resepi google jer kat tenet. Terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi roti poori ini. Cara buat nya sangat senang dan mudah..Asyik dengar jer org citer roti poori ni... Tu yg gigih google kat tenet nak tgk rupa dan cara buat roti ini.. Rupa2 nyer senang bangat.. Anak2 pun suka makan, bila dah suka mama nyer senang hati. Boleh mama buat lagi. Kakak siap makan 2 biji lg. Adik 1 1/2 biji. Yang best nye kakak puji mama masak sedap.. Berbunga2 hati mama kakak ni.. Bila diaorang dah besar  harap2 makanan kegemaran diorang masakan ibu bila cikgu tanya kat sekolah nnt.. :) wink wink

1st try utk roti poori, Alhamdulillah sebbaik jd..


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Bahan B
1/2 sudu kecil garam 
3 sudu makan minyak masak 
2 sudu makan gula 
175ml air panas 
 
Dapat 12 biji daripada adunan ni

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan B di dalam periuk dan panaskan sebentar. Kacau sehingga gula hancur dan matikan api dapur.

2. Di dalam bekas lain, satukan yis dan tepung. gaul rata



3. Seterusnya tuang bahan B yang di cairkan tadi kedalam bekas tepung & yis dan gaul dengan menggunakan garfu sehingga adunan bercampur.

4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti /breadcrumb.



5. Tambahkan air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat di tangan dan menjadi doh (jangan gunakan semua air tersebut)

6. Perap selama 30 minit dan bolehlah di bahagikan kepada 12 bahagian bulat yang kecil. Masa nak perap tu tutup doh dengan kain lembab.

Nampak mcm berminyak kan.. Kita letak minyak masak pada setiap doh tu supaya xmelekat.


7. Canai doh nipis seperti membuat karipap dan bolehlah di goreng. Sebaiknya goreng sebiji saja dalam satu masa.


TIPS untuk menggoreng : Gunakan api yang kecil/sederhana. Api yang besar boleh menyebabkan roti tidak menggelembung. Semasa menggoreng hendaklah di simbah-simbahkan minyak ke atas roti ini dan bila menggelembung barulah di terbalikkan.









Makan dengan Sambal sardin dan kuah kacang dhal.

Wednesday 15 January 2014

Masala Vadai


Assalamualaikum wbt....

Vadai... Vadai.. Vadai... mari beli, panas2.... Hahahahaha..

Last week punyer citer la ni.. Tekak ni tetiba teringin nak makan vadai.  Teringat masa p Bukit Bendera aritu ada Makcik  jual vadai panas2.. Lagipun lebihan kacang dhal yg buat kuah tu ada banyak so blh la buat.. Search kat internet resepi nak buat vadai ni tp last2 sekali tepon mak mertua gak tanya nak wat mcm maner..


 
 Bahan-bahan  :

250gm kacang dhal-rendam semlman- guna bland kering(1/2 halu, 1/2 kasar)
1 labu bawang besar-bland
1 ulas bawang putih-bland
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari-mayang halus
1 sudu teh jintan manis-tumbuk kasar
cili kering- gunting serong( ikut suka nak letak banyak mana pun)
1 biji telur-nak bg melekat
garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara :

Gaul semua bahan sehingga sebati. Dah bentukkan seperti gambar di bawah.
Goreng dengan minyak sedikit.

 
 




 


 


Tuesday 14 January 2014

Kuah Kacang Dhal

Assalamualaikum wbt.......

Kembali berasap dapurku.... Last berasap 22/12 tahun lepas.. Mcm lama jer xberasap kan..
Arini nak tayang resepi kuah kacang dhal.. Ni permintaan anak dara kita ni.. Tiap kali masak roti canai segera mesti mintak cicah.. Mama nyer pulak malas nak buat cicah ( bukan nyer susah pun bland dan rebus, bila xmood semuanyer xjd)...

Bila mood rajin dia datang jd la mcm kat bawah ini...buat 1 periuk pastu frozen kan.. Isi 2 3 bekas kuah nyer.. Bila nak mkn senang dah, benda dah ada...


Bahan-bahannya :
Kacang dhal - rendam semalaman( 1/2 bland kasar )
1/2 biji  bawang besar - bland
1 ulas bawang putih - bland
1/4-1/2 inci halia -bland
1/2 sudu teh jintan manis-bland kering ( malas nak bland kering- bland sekali semua bahan kat atas)
Daun kari
Lada kiring-potong kasar2
Isi ayam- ikut suka nak letak banyak mana pun
1 biji tomato-potong dadu
1 biji carrot-potong dadu
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Masukkan ke semua bahan kecuali isi ayam. Masak sehingga empuk. Bila dah empuk masukan isi ayam dan garam.





Ini lah rupa kuah kacang dhal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...