Pages

Tuesday 18 February 2014

Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu


Assalamualaikum wbt..........


Ini cerita kejadian sebelum kenduri menyambut menantu anak sedara kat Wakaf Che Yeh....


Brown paper utk letak door gift : minyak wangi dgn cekelat


Ni plak hasil air tangan aku sendiri.. Puding triffle utk 100 bekas, ikan siakap 3 rasa dan udang grg kentang (untuk lauk pengantin)... Resepi nyer blh jer tgk kat entry la lepas2 ... :)







Pudar jer yg  ungu tu.. nak wat camner yg kaler merah dah abis..







Pulut kuning hasil tangan Tok Sedara dan hiasan nyer hasil tangan bngah n kak ngah...


Pelamin yg simple sahaja.....



Family pengantin
 (kakak aku : anak kedua dari Family Arwah Hj. Jaafar dan Arwah Hjh. Rahmah)
 (Abang aku : anak keempat dari Family Arwah Hj. Jaafar dan Arwah Hjh. Rahmah)

 (Abang aku : anak kelima dari Family Arwah Hj. Jaafar dan Arwah Hjh. Rahmah)

 (Abang aku : anak keenam dari Family Arwah Hj. Jaafar dan Arwah Hjh. Rahmah)

 (Aku : anak bongsu dari Family Arwah Hj. Jaafar dan Arwah Hjh. Rahmah)
  Masa mcm nilah  kami adik beradik boleh berkumpul bersama....




 (Abang aku : anak sulung dari Family Arwah Hj. Jaafar dan Arwah Hjh. Rahmah). Tak sempat nak bergambar dgn pengantin coz maghrib baru sampai Klate, pergi ambik cucu kat Kuala Lipis.. Cucu tak sabar nak kluar , sepatutnye due bulan Feb.. Kalau bersalin 1 Feb sama mcm tok mama dia (aku ler tu) tp kuar 31 Jan..
Kami ada 7 beradik , meninggal seorg..arwah kakak aku ( anak ketiga).. Al-Fatihah utk arwah ayoh, ma dan kakak ku..


Tuan rumah kene basuh pinggan mangkuk dan gelas bagai sepatutnye org katering yg basuh.. Nak wat mcm maner kan ada kisah di sebalik ni... Tokey katering xciden masa on the way nak anta nasi, patah tulang paha xsilap aku la.... Sebab xciden nyer nak elak kereta kluar dari lorong area dekat  umah aku..Main kluar jer.... .Tokey tu pergi ambik dgn moto, kalau g ambik dgn kereta gamak nyer memang lambat nasi sampai umah...... Kelam kabut jap kitaorg coz nasi xcukup.. Sebbaik kuih muih banyak, blh la mkn kuih dlu menunggu nasi masak, tp ada jugak yg bising2.. Tuan rumah tadah jer la telinga....

Moral of the story ... kene masak nasi putih siap2....apa org kata   Sediakan payung sebelum hujan...

Monday 17 February 2014

Makan-makan di JS Muara Kuala Gula


Assalamualaikum wbt..........

Rasa nyer minggu ini macam terlebih rajin plak yer.. Ada jer entry nak up.. Padahal ni crita yang lama, baru skrang nak up.. Ni pun crita masa balik Perak akhir tahun lepas.. Ada org teringin nak makan ketam lembut tapi hampa sekali coz ketam nyer dah abis.. Lenkali kalu teringin nak mkn ketam lembut kene order dulu sebelum pergi sana... Kira ni kali ke 2 la aku ke JS Muara ni.. Yang 1st tu dapat mkn, kali ni jer xdpt nak mkn.. Xpala nak wat camner xrezeki..

Sesiapa teringin nak mkn ketam lembut, suggest  order la grg celup tepung.. Sedap dan xpayah nak buang kulit nyer.. blh sekali ngap jer... 

So,kitaorg order set menu utk makan 10 org , antara menu nyer kari sembilang, ikan siakap dan jenahak masak 3 rasa,ayam sambal, sotong grg, udang grg celup tepung ,ketam biasa masak sambal ( ganti ketam lembut), sayur campur, 2 jug air oren, mixfruit.






Ini sebahagian family kat Perak..Ada 2 org xbalik masa ni.

Sebahagian menu yang sempat snap..

 Terima kasih FIL belanja kitorg makan kat sini... Lain kali belanja lagi :)

Besday Girl....

Assalamualaikum wbt.....

Tahun ini sambut besday girl kat klate.. Advance besday utk mama dan humaira.. Mama dgn Humaira sama bulan, mama 1 Feb , Humaira 10 Feb... So untuk penjimatan kos kitaorg sambut sekaligus (meme tiap2 tahun celebrate bersama pun....

MixFruit Cake

Kek besday kitaorg tempah kat Kedai Kek Muhibbah ( tempat aku selalu beli kek, roti dari dlu sampai sekarang bila time balik kg.).. Walaupun kat klate ada secret resepi tp bila balik klate kedai kek muhibbah menjadi pujaan hatiku tp bila kat putrajaya secret resepi pilihan hati.

Budak2 tak sabar nak potong cake..




Bawak Humaira dgn Haqeem pergi main kat Kidz Paradise, The Mines.. Hadiah Besday Kakak.. Hadiah besday mama biarlah rahsia.. hihihihi

Sunday 16 February 2014

Jenjalan ke Bukit Larut dan Zoo Taiping



Assalamualaikum wbt......

Citer hujung tahun 2013 yg xsempat nak update.Kira ok la kan..Huhuhuhu.....

Bawak anak g jenjalan naik Bukit Larut dengan Zoo Tepeng... 28/12/2013 bertolak dari Putrajaya ke Tepeng.. Kitaorg bermalam kat umah makngah kat tepeng coz Bukit Larut kat blakang umah makngah jer, dlm 5 minit jer.

29/12/2013 Dalam kul 7 pg MIL kuar pergi beli tiket untuk naik atas tu.. Pengangkutan dia Jeep (muat dalam 10 org)... Tiket dia rege RM 6.00 setiap sorang(pergi/balik) Pergi tiket awal pagi pun dpt tiket  kul 10 gak..


 
Masa dalam perjalanan naik ke atas ramai gak org berjalan kaki.. Memang mencabar tul yg naik bukit tu jalan kaki... Ada 1 group masa kitaorg nak sampai atas diorg tgh berjalan naik, FIl tanya diorg naik sini pukul brapa. Diaorg naik dlm kul 7 pg, makna nyer mengambil masa dlm 3 jam jugak la naik atas tu coz kitaorg yg naik jeep ni ambil masa 1/2 jam gak la... Masa naik jeep sama mcm naik roller coaster rupe nyer, jln dia perghhh bersimpang2 dan jalan nyer kecik jer..Muat2 utk sebijik kete jer.. Bila masa bertembung dgn kete lain yg on the way nak turun tu dah rasa takut, mahunyer xtakut jalan dah sempit, pastu kalau jatuh kompom2 jatuh gaung trus.. Tp xpa driver2 jeep ni dah terror dan terlatih. Diorg dah tahu selok belok jln kat sini... Tiap kali jumpa simpang driver mesti bunyikan hon sebagai signal.


Kami selamat sampai stesen

Humaira , Haqeem , Rania..

Bila dah sampai, kitaorg berkelah kat atas ni.. MIL bawak bekal pau dan karipap padahal sebelum bertolak tadi dah sarapan.. Syok la, sejukk jer.

 

Ni MIL kita..


Nampak tak bumbung umah tu... Ada 1 kumpulan bermalam kat umah blakang tu.. Berani betul diorg ni.. Dah tempat nyer sunyi sepi.. Kalau setakat nak balik ari ok jer, ni bermlm.. Huhuhuhu ngeri... Diorg siap bawak periuk belanga..

Ni anak dara kita tgh menikmati pau..

Bila dah abis mkn, tiba lah masa jenjalan kat atas ni..

Budak 2 org tu dah xlarat nak panjat bukit terpaksa papa dukung

View Bandar Taiping dari Bukit Larut

Kat jambatan tergantung

Ni lah jalan yg bersimpang2 tu..


Lepas makan tgh hari kat umah makngah, bagi budak2 ni tdo sekejap.. Lepas asar kami bertolak ke Zoo Tepeng plak.. Menunaikan permintaan anak2 yg nak pergi zoo.. Bila dah janji kene la tepati kan.. dari umah makngah 15 minit jer ke Zoo.. Ni kali ke 2 kami sampai sini tp masa tu haqeem kecik lg.. Masa tu tiket murah lg, tp yg best nyer sapa2 org kerian dapat diskaun.. 2 tahun lepas diskaun 50%, skrang 20 % jer.. Tak blh nak jln sangat, nak hujan.. bila nak sampai kat gajah hujan rintik2 dah..








 Lepas penat berjalan kat dalam zoo ni, kitaorg pergi pergi isi perut kat Doli.. pekene kuetiaw grg dgn barli.. Ni antara menu yg special la kat doli ni.. Sesiapa pergi taping blh p mkn kat Doli..





Wednesday 5 February 2014

Ketam Masak Telur Asin

      
Assalamualaikum..... 

Arini kita mengetam plak yer....hahhahahaa.. 


Resepi ni kita guna resepi kak ita azlita masam manis




KETAM TELUR ASIN

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek (guna 2 biji jer telur asin

4 ekor ketam (kita masak 2 ekor jer)
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.




Tomyam sayur, ikan rebus goreng dan ketam masak telur asin.

Terima kasih kak azlita masam manis coz kongsi resepi ni.... Terbaekkk. Sedap sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...