Pages

Thursday 16 January 2014

Roti Poori

Assalamualaikum.....

Ni menu dinner utk makan anak beranak..  Roti poori ala rasyiqah gitu.. Resepi google jer kat tenet. Terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi roti poori ini. Cara buat nya sangat senang dan mudah..Asyik dengar jer org citer roti poori ni... Tu yg gigih google kat tenet nak tgk rupa dan cara buat roti ini.. Rupa2 nyer senang bangat.. Anak2 pun suka makan, bila dah suka mama nyer senang hati. Boleh mama buat lagi. Kakak siap makan 2 biji lg. Adik 1 1/2 biji. Yang best nye kakak puji mama masak sedap.. Berbunga2 hati mama kakak ni.. Bila diaorang dah besar  harap2 makanan kegemaran diorang masakan ibu bila cikgu tanya kat sekolah nnt.. :) wink wink

1st try utk roti poori, Alhamdulillah sebbaik jd..


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Bahan B
1/2 sudu kecil garam 
3 sudu makan minyak masak 
2 sudu makan gula 
175ml air panas 
 
Dapat 12 biji daripada adunan ni

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan B di dalam periuk dan panaskan sebentar. Kacau sehingga gula hancur dan matikan api dapur.

2. Di dalam bekas lain, satukan yis dan tepung. gaul rata



3. Seterusnya tuang bahan B yang di cairkan tadi kedalam bekas tepung & yis dan gaul dengan menggunakan garfu sehingga adunan bercampur.

4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti /breadcrumb.



5. Tambahkan air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat di tangan dan menjadi doh (jangan gunakan semua air tersebut)

6. Perap selama 30 minit dan bolehlah di bahagikan kepada 12 bahagian bulat yang kecil. Masa nak perap tu tutup doh dengan kain lembab.

Nampak mcm berminyak kan.. Kita letak minyak masak pada setiap doh tu supaya xmelekat.


7. Canai doh nipis seperti membuat karipap dan bolehlah di goreng. Sebaiknya goreng sebiji saja dalam satu masa.


TIPS untuk menggoreng : Gunakan api yang kecil/sederhana. Api yang besar boleh menyebabkan roti tidak menggelembung. Semasa menggoreng hendaklah di simbah-simbahkan minyak ke atas roti ini dan bila menggelembung barulah di terbalikkan.









Makan dengan Sambal sardin dan kuah kacang dhal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...