Pages

Monday 26 May 2014

Dalca Daging

Assalamualaikum wbt.....

Apa kabar semua... 2 3 hari ni badan xsihat.. Batuk, sakit kepala, sakit tekak nak menelan air pun pedie.. Bila g klinik check rupenyer ada ulser,patut la pedih.... nampak benor kureng minum air putih nyer...hahahahha... Balik klinik berpaket ubat doktor bekalkan.. Mudah2an hilang sakit n pedih tekak ni...


Ni Dalca Daging last minute name nyer....Iyer la memalam masak menda ni.. Pas kerja ari jumaat ritu g melencong ke Mydin dlu baru nak balik umah.. Biasa ari jumaat kalau malas cam gini g beli jer makanan kat pasar malam presint 2 tu.. tapi apakan daya malas nak tempuh jalan jem coz ada Hari belia dgn jom heboh kat situ..

Bila dah sampai umah xtau nak masak apa.. Adalah beli daging yang urat2 kat Mydin td.. cadang nak masak dalca esok nyer tp xjadi.. Masak trus malam tu, dgn kacang dal xrendam nyer.. Biasa rendam tu sebelum masak kan.. ni masak dalca express rakyat...Kuarkan pressure cooker trus rebus daging tu bagi cepat empuk, bila 2 3 kali bunyi periuk tu masukan plak kacang dal.. Dalam setgh jam siap masak semua sekali... Bila dah siap tersandar penat..kihkihkih



Bahan-bahan :

1 labu bawang besar yang merah tu.( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
4 biji bawang putih ( 2 biji bland @ tumbuk, 2 biji mayang)
2 inci halia     ( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
3 sudu besar kari
1 kotak santan
1 cawan kacang dal
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Sayur : -
1 biji terung
1 biji ubi kentang
1/2 batang carrot
2 batang kacang panjang
2 batang munggai- mengidam masa mengandung anak pertama, ni baru dapat mkn munggai.
1 tangkai daun kari

Daging ( xkisah nak guna daging apa, macam kita suka yang ada urat2 skit)- masak guna pressure cooker


Cara :

-Panasakan minyak, tumiskan 4 sekawan dan bahan yg dimayang terlebih dahulu. Bila dah naik wangi masukan serbuk kari( style kita, kita xcampurkan kari tu dgn air, baru la kari cepat masak)-sentiasa kacau kalau tak kari tu hangit.. Bila serbuk kari dah masak masukan bahan yang di bland atau tumbuk bersama dgn daun kari.
- Kacau sebati, bila dah garing semua bahan masukan santan-api perlahan. Biarkan mendidih bila dah naik minyak masukan sayur-sayuran.
-Lepas tu masukan bahan ni ke dalam periuk yang masak daging + kacang dal tu td.( ini cara kita, lain org lain cara.). Kacau sebati dan masukan perasa secukup rasa.
- Bila dah masakan makan nasi putih panas2 dgn sambal belacan..
- esok nyer plak pulak makan dengan roti puri.. MEMANG TERBAEKKKK.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...