Pages

Sunday 28 July 2013

Nasi Kerabu Tumis dengan Daging bakar dan Kerabu Sare..


Salam...

Ni menu buka posa hujung minggu aritu.. Nasi kerabu dgn daging bakar dan kerabu saree.... Ni ada org teringin nak makan nasi kerabu.. So masa choti la blh main masak2...


Nasi kerabu , daging bakar, kerabu saree dan cucuq udang kuah kacang.


Bahan untuk sambal tumis....  

Cili kering, nak pedas letak banyak..
1./2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
RM2.00 Santan pekat
Gula melaka
Garam
2 sudu besar budu
1 batang serai-dititik
1 keping asam keping

***************************************************
Bland cili kering + bawang putih + bawang besar + halia.
Campur semua bahan di atas kecuali gula melaka, garam dan budu..
Masak atas api sederhana, Bila dah naik minyak masukan gula, garam dan budu.

Bahan untuk sambal kelapa....

Kelapa parut yang digrg tanpa minyak sehingga ringan dan keperangan
1 @ 2 ekor ikan rebus @ bakar ( bergantung pada banyak mana kita nak buat, ambik isi sahaja)
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
gula melaka
garam
serbuk lada hitam

******************************************************

Tumbuk bawang, halia, serai.. Masukan garam. gula melaka secukup rasa... Pastu masukan isi ikan, tumbuk agak isi ikan tu xberapa nak hancur sangat.. Dan akhir sekali gaul la dgn kelapa da serbuk lada hitam..


bahan untuk sambal lada

cili burung
garam
gula
sedikit cuka

**********************************
Cili hidup boleh bland atau tumbuk..
Pastu masukan garam, gula , cuka secukup rasa


Daging, 2 batang serai, sedikit jintan manis, jintan putih, 1/2 biji bawang besar, sedikit gula dan 1 sudu kunyit yang marinated. Daging ni kita perap dari pukul 1 tgh ari.



Nilah rupa saree.. Sebenarnya mende ni dikeringkan, bila nak mkn baru kita cuci dan rendam. Kita rendam saree ni pagi2 coz nak mkn mlm. Last sekali bila nak mkn tu baru cuci dgn air beras.
Bila nak mkn, letak la sambal tumis n sambal kelapa..Gaul dan sedia utk dimkn....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...