Pages

Thursday, 31 May 2012

Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum..slamat ptg uols..ni baru ader kesempatan nak mengedate blog..pg td bz..dan skrang pun bz....sambil2 wat keje sambil 2 la buat mende ni...kita guna sistem,sistem pun lembab mcm kura2..dok loading jer keje...mlm td kita cuma grg ayam jer..xde lauk spesel sangat pung,  biasa2 sajer..


Tadaaaa ...ayam grg kunyit..bahan2nyer kunyit serbuk,kunyit hidup,garam dan bawang putih,,bland semua nyer..biasa kita buat banyak, kunyit serbuk tu kita guna sepeket,kunyit hidup ikut suka, garam stgh bungkus,bawang putih 1 labu...senang xyah nak buat banyak2 kali,tahan lama coz guna garam.ni arwah ma yg ajar.,blh guna nak grg ikan n daging..


nampak tak kuah kari dgn kentang,kita beli kat cafe jer..ulam n sambal tempoyak tu yang xabis makan tgh hari ..kita memang hantu ulam..semua ulam kita bedal..mcm sayur2 lain kita kureng skit..kita suke makan ulam lg...ni lah makan mlm utk kita mlm td..keje kan so malas nak masak yang remeh2 ni..:)so masak yang simple2 jerk..

Monday, 28 May 2012

Kek Besday

Assalamualaikum wbt..celamat pagi sume.arini kita baru start keje,senin kita cuti..arini xder resepi nak tayang coz minggu lepas balik Parit Buntar..cume nak tayang besday kek tokwan kita yang ke 86..Kita sambut kat Hotel Damai, Parit Buntar.
Semoga Tokwan Saidon dipanjangkan umor dan diberi sihat tubuh badan..

Sedap kek ni..xde rasa muak pun.Kat dalam kek ada letak buah..meme terbaek dari ladang..icing dia pun sedak ..ader setgh icing tu rase pahit. Sapa2 nak  rasa kek blh la p cari kat Ipoh Bakery, Taiping..Harga dia pun xder la mahal sangat..
Ni lauk-pauk yang kita mkn, tomyam seafood, butter prawn, siakap masak lemon, tauhu lembut dgn sos isi ketam,kari ayam dan kerabu epal hijau..Kerabu epal hijau femos kat hotel ni..meme sedap..

Thursday, 24 May 2012

My 4th Anniversary

Assalamualaikum..dan salam jumaat..Alhamdulillah syukur kita pada hadrat Illahi sempat lagi kita bertemu pada jumaat yang penuh berkat dan hujan renyai...Arini kita xde nak tayang resepi coz kita xmasak...Alhamdulillah sebenarnya hari ini genaplah 4 tahun kita jadi isteri kepada suami kita..Terima kasih  atas segala pengorbanan papa selama ini..Semoga hubungan kita kekal sehingga hujung nyawa..Amiin..Semoga segala cabaran n dugaan kita tempuhi bersama ye papa.kita kongsi suka duka bersama :)..Feeling la pulak kan..Tq papa 4 anniversary present..suka sangat2..



Tuesday, 22 May 2012

Sharing is Caring

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan..

Rempah kerutuk

Assalamualaikum w.b.t........

Alhamdulillah sampai sudah kita di bulan rejab bulan Allah..tinggal 2 bulan lagi kita akan menyambut bulan ramadhan..sesiapa yang belum qada lagi puasa ramadhan yang blh la mula dari sekarang..jangan nak tunggu last2 minute baru nak ganti...makk xsuke tau....

Ini rempah yang kita masak ayam kerutuk aritu..selain rempah kerutuk ada banyak lagi ..yang biasa kita beli utk ayam grg berempah, kalau nak order blh contact no ni  013-9802465 @ 013-9062465..ni pun dah lama xbeli coz stok ader lg..

 





Sunday, 20 May 2012

Ikan Siakap Kukus Limau


Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia..harap ..Arini kita xberapa sihat..batuk..pepagi senin kita nak tayang ikan siakap kukus yang kita masak pada hujung minggu..walaupun badan xberapa nak sihat..rase mcm lemah jer badan , masak tetap kene masak..Kalau x nak mkn aper okh..


Ikan Kukus Limau ni kita letak

Yang pastinyer pasti la kene ada ikan..kalau tak xjadi la ikan siakap kukus
Cendawan
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Cili api-potong
Limau nipis kita guna 1 1/2 biji
Garam letak kat ikan

Campur semua bahan  dan perah limau nipis..tabur atas ikan n kukus sampai masak...:)


Selain ikan kukus, kita masak kacang buncis grg dgn udang n ayam masak kerutuk...ayam tu kita guna rempah readymake jer..xblh nak bg resepi la kan..hihihihi...masuk dalam periuk rempahnyer,santan, tunggu sampai mendidih kita masuk kan ayam..kita lupa nak ambik gambar rempah tu..nnt kita ambik n upload..
Kat sini kita nak bagi resepi bt sambal belacan tu..kita belajar dgn arwah tok sedara..arwah dulu memang tukang masak bekwoh(kenduri)  terkenal kat kampung kita KAMPUNG WAKAF CHE YEH..

 Sambal belacan;

Cili api
Cili hidup
Belacan
garam
gula
limau kasturi
tomato

Bland cili, belacan , gula ,garam...pastu perah limau kasturi.dan mayang kulit limau tu campur sekali dgn cili tu..pastu potong tomato..biasa sambal ni kita makan bila masak gulai ayam, daging @ kerutuk..ore klate kato nyakot molek..sambal belace dgn kuah gulai..

Thursday, 17 May 2012

Spagethi Bolognese


Assalamualaikum..salam jumaat..bila ari jumaat jer sumer hepikan..yela esok kan cuti mahunyer xhepi.dah fikir nak pegi jalan2 kat mane..kita ddk kat umah jer cuti ni coz my hubby kene keje so dok berperap ler kat umah layan kerenah si kenit2..malam td dapur kita berasap, kita masak spagethi jer..makana paling simple dan senang..campak itu ini...gedebab gedebuk...jadi lah ini...........



Disebabkan nak pinggan ni banyak la beli Brand San Remo..akhirnyer dapat gak kumpul ketiga2 pinggan San Remo..seb baik expired makaroni n spagethi tahun depan..so xjadi masalah lah nak habis kan stok...@_@.... Ni kita bagi resepi saper2 yang berminat nak masak..senang jer coz kite guna Prego jer,..Hihihihi

Bahan :
Spagethi- direbus dgn minyak( kita guna minyak jagung)
Sos Prego - kita guna yang original
Daging cincang- fresh meat(cincang sendiri)
Cili kering- Bland (kita suka ada rasa pedas2 sikit)
Bawang Merah/Bawang besar- kita guna bawang besar ( separuh bland sparuh lg cincang)
Bawang Putih- dicincang
Mix herbs - kita guna mccormick
Tomato fresh-bland
Cendawan- kita guna yg fresh bukan yg dalam tin ( potong dadu)
Garam
minyak

Tumis bawang putih n bawang merah yg cincang..pastu masukan mix herbs dan bahan yang bland..
Masukan daging cincang,masak hingga empuk..Masukan sos prego..last sekali masukan cendawan...oppsss jgn lupa masukan garam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...