Pages

Sunday 20 January 2013

Nasi Ayam Goreng bersama Pajeri Nenas & Terung...

Assalamualaikum wbt.... uols... Arini nak menayang apa yang dimasak smlm.. Minggu ni dapur kat umah berasap lg.. So ada la resepi yang hendak dikongsikan .. Ni pun terjumpa resepi ni kat blog jgk, tp lupa dah sapa coz dah lama dah ambik nyer dari tahun lepas lg..dah pernah 2 kali masak nasi.. Masa tu belum ader lg dapurku berasa p ni..hihihihi... Sesiapa yang nak cuba buat blh singgah2 tgk resepi ni yer... :)

Nama Masakan ni Nasi Ayam Goreng @ Southern Yeloow Chicken Rice...

 Bahan-bahannya:

 Utk Ayam Goreng
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jangan garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.



Utk  Nasi Pulak

  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • sedikit minyak @ butter utk menumis..
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.


Pajeri Nenas dan Terung, disebabkan teringin sangat nak mkn kene la buat... Kalau nak ikutkan nasi ni mkan dengan dalca..
  
   Bahan-bahan

  30 gm bawang besar- dibland
  25 gm bawang putih - dibland
  10 gm kulit kayu manis
   5 gm bunga lawang
  10 gm bunga cengkih
   5 gm buah pelaga
  25 gm rempah kari daging- dibancuh dengan sedikit air
  50 gm kerisik kelapa
   1 liter santan kelapa
   1 biji nenas-direbus & ditoskan
   sedikit udang kering
   sedikit minyak
   garam dan gula secukup rasa
 * terung ( sapa suka terung blh letak terung)
 * bahan ikut dalam resepi, sukatan sendiri coz buat sedikit sahaja..

Cara-caranya 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama 4 sekawan (buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang & kayu manis) bersama udang kering.
  • Masukan bancuhan rempah kari daging dan kacau pada api sederhana sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kerisik dan kacau hingga sebati. Masukan nenas serta santan.. Bila dah mendidih letak terung.. Letakkan garam dan bahan perasa secukupnya..

 

Kalau nak pedas blh makan dengan sambal belacan.....

Bahan-bahan untuk sambal belacan

Cili padi - bland kering
Belacan - bland bersama cili
Garam
Gula
Limau Kasturi
Air Asam Jawa

Bila dah bland cili dgn belacan, masukan air asam jawa, perah limau kasturi, letak garam dan gula.. Akhir sekali potong halus limau kasturi tu campur sekali dalam sambal tu.. Sedappp, cuba buat..







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...