Thursday, 12 April 2012
Dessert utk si kecik..
Sebelum keluar pergi jalan2 bawak si kakak n adik ke taman wetland sempat lagi bt dessert utk si kecik...ni tak tahu nak nak panggil apa..puding blh la kot..Kredit utk lieyalatif bg resepi ni..Bahan nye senang jer pisang, biasa iqa guna pisang berangan..xkisah la berapa bijik,ikut suka, letak kurma, utk yg ni iqa letak anggur..Sebelum ni, buat letak epal, strawberry( xsempat nak ambik gambar..hihihi)..rebus dgn air.. Agak2 dah empuk ...tutup api..tu pun nak cakap kan..mcm xtau..hahhahaa.......biarkan sejuk, pastu bland...Yg ni dapat 4 bekas dadih...si kecik suka sangat mkn ni...
Menu breakfast n lunch...Nasi Air
Semalam dapur iqa berasap,tp menu dia xder la menarik sangat..masak simple2 jer..anak yg kecik xberapa sihat..xblh nak rengang skit..masak ni pun nasib baik la dia tdo..kalau makan megi je la mama ni..
Ni menu utk breakfast n lunch kami 3 beranak di hari pertabalan agong..Papa diorang xder pergi kursus..walaupun semlm cuti kursus tetap ada..senang masak nasi air coz blh suap utk si kakak & si kecik sekali..xyah nak masak nasi banyak kali...Ni biasa menu kitaorg kt kg..kalau kat kg xsempat utk. lunch sekali coz ramai org..tu pun ada yg xdapat nak mkn (ni bagi sesiapa yg bangun lewat)
Nasi Air ni,iqa tumis bawang putih, halia, pastu letak isi ayam yg dicincang..
Lauk plak ikan kering grg, ikan bilis grg kicap...ikan bilis ni masin jadi iqa letak kicap manis,bawang besar,pastu letak cili padi..ikan bilis tu kene grg terlebih dahulu..agak2 ikan tu dah garing masuk kicap, bwg n cili..yg sayur tu plak tumis bawang putih,besar & halia, masukan kicap masin..iqa buat sayur kacang, dalam peti ais ada sayur ni jer..nnt nak kene p shopping..telur dadar tu plak utk kakak n si kecik..
Monday, 19 March 2012
Nasi Mandhi Abu Dhabi
Teringin sangat nak mkn nasi arab yang bt sendiri..google cari resepi ..tup tup jumpa resepi kat blog resepi raidah..terima kasih kak..memang terbaekk walaupun nampak xmenarik macam kat resepi raidah..
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Sunday, 18 March 2012
lauk simple jer..
| Udang Goreng Kentang |
resepi paling sonang ahh...kita org kalu ari keje mcm ni la, lauk cukup la 1 atau 2 jenis..takyah banyak2 membazir jer..2 org jer yg makan..campak itu sikit ini sikit jadi lah..
Bahan :-
Bawang putih-cincang
Bawang merah-mayang
kentang-potong nipis
udang
cili hidup @ cili padi - sapa2 yg suka pedas blh letak cili padi,ambik sebiji terus berasap telinga..
garam-secukup rasa
kunyit -secubit
Minyak- utk tumis
*Tumis bawang putih,pastu masukan kentang + kunyit+ air..masak sampai empuk gebu...
*Masukan udang..cili..bawang..garam...
*Blh lah makan dgn nasi panas2..terangkat pinggan minta nasik tambah..:)
Thursday, 15 March 2012
nasi tomato mama
Isnin(12032012)
Selongkar dalam peti ais tup tup jumpa drumstik.time ni cuti coz pengasuh anak cuti balik kg..blh la masak bagai2 ..kalau tak belum tentu sempat nak masak yang pelik2 ni...trus idea nak masak nasi tomato ni..ni salah satu favourite Mr.Hubby..tu minta resepi dgn makmertua....mula2 bt tu xbrapa nak jadi sngt..nasi dia terlebih air..bila dah terlebih jd lembik la kan.huhuhu..Mr.hubby ni xsuka sngt mkn yang berkuah...jd xde la kuah..kalu suka makan dgn kuah blh la bt sup @ dalca..blh la sesiapa nak cuba bt nasi ni....
Bahan A :-
Jintan manis-bland kering
lada hitam-bland kering
bawang besar,bawang putih,halia - bland
ayam
beras
tomato-jus
sos tomato
Bahan B:-
bawang merah @ besar,bawang putih, halia-mayang
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
minyak sapi
Bahan C:-
cili hidup merah-potong
cili hidup hijau-potong
carrot - parut
Sambal kicap
cili padi potong
kicap
limau kasturi
Acar
Timun - biasa guna timun jepun
carrot,nenas,bawang besar,cili hidup
garam dan gula..
cara2:-
- Tumis bahan B hingga naik wangi
- Campurkan bahan A
- Masukan ayam-masak sehingga empuk..
- Masukan bahan C
- Kemudian masukan beras dan jus tomato..Gaul sebati
- Untuk warna - masukan sos tomato
- Garam secukup rasa.
- Masak sehingga nasi masak..:) * 2 cawan beras = 2 cawan air @ jus tomato...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tunggu next resepi..xtau bila pulak tu..
Wednesday, 14 March 2012
akhirnyer berasap jugak dapur kat sini..... laksa lemak kelantan
| menu ari sabtu sebelum p berjalan kat bagan lalang....... |
Laksa Kelantan...tetiba jer nak makan laska..kalu dlu teringin nak makan laksa balik kg.. skrang tidak lg coz laksa ni dah senang nak cari..sebelum ni dok KL xtau nak cari kat mana..skrang ni dok kat Putrajaya,senang jer nak cari sama ada pasar presint 8 atau pun pasar borong selangor..Mr Hubby kureng skit laksa2 ni, tp bila bt laksa kelantan dia suka..Kitaorg kalau bt laksa ni siap blh tambah 2 3 kali..Ni bahan2 utk kuah laksa n sewaktu denganyer...
Bahan utk kuah:-
1/2 kilo ikan sardin (rebus)
RM2 santan
2 ulas bawang besar(holland) kekadang tu guna yg merah tu..
1 ulas bawang putih
2 cm halia
lada hitam(tumbuk halus)
3 keping asam keping
garam
gula
Ulam:-
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Taugeh
Bunga Kantang
Sambal :-
cili hidup
cili api
belacan
*laksa beras,kalau xder laksa tu biasa guna laksa kering yang halus..besar skit drp bihun.
* cara utk buat kuah
Ikan tu semestinyer rebus dlu k..ambik isi..tulang n air rebusan tu jgn buang plak..bland isi ikan jgn lama sangat..sekali pusing je,kalau hancur sngt xbest..tulang tu pun kene bland gak..betul2 hancur lumat..oktak ayat ni..Bawang, halia bland..bila dah bland semua..campur semua bahan tu.sekali gus...bila masak tu kene sentiasa kacau,takut nnt kuah dia berketul2 coz guna santan kan..masukla garam n gula secukup rase.....
Wednesday, 15 February 2012
Baru Ada Blog
Assalamualikum wbt...
Baru nak berjinak2 dgn blog ni...xdela pandai sangat..nasik baek ada suami tersayang yg btkan..Terima kasih sayang..nak harap diri sendiri xtau bila nak jdnyer & member2 opis yg ajorkan tambah itu ini....org lain ada blog,sibuk nak ada jugak..xtaula sampai bila hobi ni akan berterusan..arap2 berterusan dgn hobi baru ni dan selalu la update..hihihi.
Baru nak berjinak2 dgn blog ni...xdela pandai sangat..nasik baek ada suami tersayang yg btkan..Terima kasih sayang..nak harap diri sendiri xtau bila nak jdnyer & member2 opis yg ajorkan tambah itu ini....org lain ada blog,sibuk nak ada jugak..xtaula sampai bila hobi ni akan berterusan..arap2 berterusan dgn hobi baru ni dan selalu la update..hihihi.
Subscribe to:
Posts (Atom)