Pages

Sunday, 4 August 2013

Biskut Coklat Chip Famous Amos



Salam Senin.....

Hanya tinggal 2 hari kita berpuasa.. InsyaAllah khamis kiter rayer la ye... Hati ni dah xsabar nak choti n balik kampung.. Tahun ni raya kat perak dlu, pastu balik ke Kelantan.. Balik tetap balik kedua2 negeri , tgk cuti papa budak2 ni.. Sepatutnyer balik Kelantan dlu tahun ni, baru Perak nak mcm mana kan papa nyer kene keje.. Kebetulan la pulak cuti pada hari raya kalau tak raya kat umah Pak Najib gamaknyer... Cuti 2 hari sambung plak keje dari ari ahad sampai selasa.. pastu baru la choti panjang.. masa choti panjang ni la balik Kelantan.... Dalam otak ni dah fikir nak mkn apa bila balik Kelantan nnt..,... Feeling excited...huhuhuhu


Ni aktiviti hujung minggu, apa lg wat sekut la... anak dara sibuk tanya, mama xbuat cookies ker.. risau benor mama dia wat cookies.. Bila dah mama dia start wat cookies ni.. datang nak menolong, blh la harap jugak anak dara sorang ni, tp mama xbg la nnt bila anak dara nak tolong anak teruna pun sibuk jgk nak menolongnyer... Last2 mama nyer srh tolong tgk jer la..

Resepi coklat chip ambik kat blog kak yatie.. terima kasih kak coz kongsi resepi.. yatiememories ..Sedap, ranggup dan berbaloi la bila buat..


Bahan

1 cawan gula kastor/halus - guna 1/2 cwn je
1 cawan gula perang  
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang- guna badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip - Xde stok , guan coklat chip yg biasa jer
1 sudu kecil esen vanila 

************************************************************
  • Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je.
  • Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
  • Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  • Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  • Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.






Tuesday, 30 July 2013

Biskut Dahlia

Morning... sambil layan lagu raya sambil mengedate blog... Mesti korang dah xde mood nak keje kan.. Mood raya jerkan... Xsabar kan nak balik kampung... Minggu depan sunyi la opis ni tp kita xcuti pun.

Punyer la ngidam nak mkn biskut dahlia, gigih p Big Aeon beli bahan nak wat cookies (bak kata humaira).. Terkejut mak nyer anak sebut cookies, maknyer sebut sekut jer.. hahahahaa

Pukul 9 mlm baru nak start wat biskut.. abis bakar semua dalam pukul 11.. 2 jam dapat la 2 bekas.. oklah kan nak wat mkn sendiri.. Dapat mkn sebiji hilang ngidam nyer.. kalah org ngandung plak ngidam nyer..




Bahan 

250gm tepung gandum-ayak
100gm tepung jagung-ayak
160gm tepung kastard-ayak
150gm gula
300gm butter
2 biji kuning telur (size A)
1 camt esen vanilla
Ceri merah @ hijau

*****************************************************************

Pukul butter dengan gula sehingga kembang.. Masukan kuning telur dan esen vanilla..
Bila dah sebati masukan bahan yang diayak.. Gaul hingga sebati.. 
Bakar 175 selama 10 minit..



Macam2 size ada... halalkan jer la size tu.. janji sedap..


 

Monday, 29 July 2013

Sambal Tauhu



Assalamualaikum wbt...



Alhamdulillah arini dah 21 Ramadan 1434.. hanya beberapa ari Syawal akan menjelma.. Ramadan akan berlalu pergi sedetik demi sedetik.... Rasa hiba di hati ni.... Walau apa-apa pun hidup mesti diteruskan sehingga tutup mata.. Feeling Sad.. Feeling plak pepagi ni kan...


 Tgh hari smlm gigih p Big Aeon nak beli susu kakak tapi hampa stok nyer xde yg tinggal nyer perisa madu dgn coklat.. So apa lg pusing-pusing la kat tempat sejuk nak usha beli butter nak wat biskut dahlia, sambil2 fikir ler nak masak aper utk berbuka.. Dapat idea masak sambal tauhu.. Cari la kot2 ader tauhu lembut..Sebbaik ader... Apa lagi bila dah ada bahan kene tepon MIL plak minta resepi nak buat.. Tiap balik Perak mesti MIL masak tauhu ni.. Nak wat camner feberet anak dia...



 

 Bahan nyer simple jer 

Tauhu 2 ketul, potong 3 segi dan grg
Cili kering- bland
1 bawang besar-bland
2 ulas bawang putih-bland
1 sudu teh cuka
Minyak utk menumis
Garam
Gula 

***********************************************************
Tumis bahan yang dibland sehingga cili kering betul2 masak..
Pastu masukan cuka, garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukan tauhu.




Sambal tauhu, ayam goreng kunyit, bendi grg sos tiram bilis.. Kueh mueh..

Sunday, 28 July 2013

Nasi Kerabu Tumis dengan Daging bakar dan Kerabu Sare..


Salam...

Ni menu buka posa hujung minggu aritu.. Nasi kerabu dgn daging bakar dan kerabu saree.... Ni ada org teringin nak makan nasi kerabu.. So masa choti la blh main masak2...


Nasi kerabu , daging bakar, kerabu saree dan cucuq udang kuah kacang.


Bahan untuk sambal tumis....  

Cili kering, nak pedas letak banyak..
1./2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
RM2.00 Santan pekat
Gula melaka
Garam
2 sudu besar budu
1 batang serai-dititik
1 keping asam keping

***************************************************
Bland cili kering + bawang putih + bawang besar + halia.
Campur semua bahan di atas kecuali gula melaka, garam dan budu..
Masak atas api sederhana, Bila dah naik minyak masukan gula, garam dan budu.

Bahan untuk sambal kelapa....

Kelapa parut yang digrg tanpa minyak sehingga ringan dan keperangan
1 @ 2 ekor ikan rebus @ bakar ( bergantung pada banyak mana kita nak buat, ambik isi sahaja)
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
gula melaka
garam
serbuk lada hitam

******************************************************

Tumbuk bawang, halia, serai.. Masukan garam. gula melaka secukup rasa... Pastu masukan isi ikan, tumbuk agak isi ikan tu xberapa nak hancur sangat.. Dan akhir sekali gaul la dgn kelapa da serbuk lada hitam..


bahan untuk sambal lada

cili burung
garam
gula
sedikit cuka

**********************************
Cili hidup boleh bland atau tumbuk..
Pastu masukan garam, gula , cuka secukup rasa


Daging, 2 batang serai, sedikit jintan manis, jintan putih, 1/2 biji bawang besar, sedikit gula dan 1 sudu kunyit yang marinated. Daging ni kita perap dari pukul 1 tgh ari.



Nilah rupa saree.. Sebenarnya mende ni dikeringkan, bila nak mkn baru kita cuci dan rendam. Kita rendam saree ni pagi2 coz nak mkn mlm. Last sekali bila nak mkn tu baru cuci dgn air beras.
Bila nak mkn, letak la sambal tumis n sambal kelapa..Gaul dan sedia utk dimkn....

Stok kunyit untuk buat grg ikan, ayam


Ni org malas buat kerja.... Buat stok kunyit untuk senangkan nak grg ikan , ayam , daging atau apa2 je la.. Ni arwah ma yang ajar.. Tiap kali  nak grg ikan ,ayam baru la nak buat kunyit ni.. Skrang meme tak la,ambik jer terus letak kat binatang2 yang nak masak tu..

Bahan-bahannya :

300 gm kunyit hidup
2 labu bawang putih
1 bungkus serbuk kunyit 250 gm
3/4 bungkus garam halus (guna garam cap adabi)

*********************************************************
 Bland kunyit hidup dgn bawang putih..
Pastu gaul bersama dgn kunyit serbuk dan garam..





Gaul semua bahan yang dibland.


Bekas atas untuk bawak balik Parit Buntaq. yg bawah utk diri sendiri.

Popia Nestum


Salam senin.... 
Ni dia aktiviti hujung minggu aritu...




Bahan-bahan utk buat Popia Nestum, gula xde dalam gambar..letak dalam 2 @ 3 sudu besar.



Nestum dalam 2 genggam di grg tanpa minyak pastu blend kering

Hasil Popia Nestum

Saturday, 27 July 2013

Ayam masak halia..


 Jom menjamu mata dengan masakan yang simple ni... Masak setakat mana yang sempat, balik opis kul 5 sampai umah dalam kul 5.30 lebih.. So masak yang simple2 je lah..Biasa yang simple ni lah sedap nyer..


 Ayam goreng halia

Ayam potong kecik - gaul dgn serbuk kunyit dan garam dan goreng terlebih dahulu. Jgn terlalu garing
1/2 bawang besar-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
3 inci halia-mayang
2 @ 3 sudu besar sos tiram
cili api
minyak utk menumis
air

****************************************************

Tumis bawang besar,putih dan halia..Bila dah naik wangi masukan ayam yg dah digoreng.. Masukan sos tiram dan cili api.. kalau inginkan ia berkuah masukan sedikikt air.
Kita tak letak garam @ gula coz sos tiram dah cukup utk kedua2 nyer..





Ayam masak halia, kacang mioau dgn ikan kembung grg...


Kuih koci dengan pulut panggang beli, kepok lekor dari kelantan dgn popia sayur dgn sos istimewa. Popia menu wajib tiap kali bulan ramadan

Resepi utk popia blh masuk entry ni ..... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...