Pages

Wednesday, 13 February 2013

Bergedil Daging vs Soto Beehoon


Sempena choti raya cina ritu, main masak2 lg... Boleh dikatakan ari cuti main masak2 jerla... teringin nak makan bergedil daging.. bahan yang nak buat nyer xde so berjalan la kita ke kedai Darulsalam Presint 9.. Dekat jer dgn umah.. Sambil2 tu blh excercise... Asyik terperap jer kat umah kan..

Bahan pun dah ader so jom ler berperang kat dapur.. Bahan utk buat bergedil ni
1 kilo ubi kenyang- goreang dan tumbuk
300 gm daging cincang- nak letak lebih pun OK ( perap dgn garam dan black pepper selama 1/2)
50sen daun bawang
50sen daun sup
segengam bawang goreng 
1 biji telur
3-5 sudu tepung - letak 3 sudu jer
1/2 biji bawang holland-potong dadu
minyak utk menumis.

 Tumis bawang holland sampai kekuningan.. pastu masukan daging cincang. Masak sehingga daging empuk..

Ubi kentang yang sudah digoreng


Rupa ubi bila ditumbukk

Daging cincang yang sudah dimasak digaul rata bersama daun sup dan daun bawang

Bawang grg utk sapa2 yang xkenal yer.. :)
Inilah rupa bergedil yang digentel dan dibentuk , dapatlah dalam 52 biji


 Siap packing untuk senang nak simpan dalam freezer..

Bergedil yang siap dimasak.. Celup telur terlebih dahulu. masak dgn api perlahan

Bila dah masak bergedil, mesti nak kena mkn dgn lawan dia kan.. So buatla Beehoon Soto...

 Bahan nyer..

2 dada ayam ( masukan sekali kepak , leher, kaki ayam)- rebus
2 batang serai-ketuk
2 inci halia
1 biji bawang besar-mayang
5 biji bawang putih-ketuk
batang kulit kayu manis
bunga lawang
biji pelaga
rempah sup siam 
garam dan gula secukup rasa.
minyak utk menumis.
soohoon- grg- bila nak mkn baru letak
Sayur , kalau nak sedap mkn dengan tauge, tapi kat kedai tauge xberapa cantik so beli sawi je la.

Rebus ayam terlebih dahulu,pastu angkat 2 ketul dada ayam. Dada ayam tersebut kemudiannyer digrg ala kadar. Angkat dan carik-carikan.
Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang bawang dan halia sehingga naik wangi dan masukan ke dalam periuk rebusan ayam td.. 
Dan masukan serai, rempah sup siam.. bila dah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa..

Utk sambal kicap

Cili padi- ikut suka nak letak banyak mana.
1 bawang putih
2 biji limau kasturi
kicap manis dan masin- guna cap kipas udang

Cili pada dan bawang grg dengan minyak. Masa nak grg cili dinasihatkan belah cili tu kalau tak meletup2 dalam kuali. Pastu bland cili dgn kicap. Last sekali perah ler limau.

* Biasa  soto mkn dgn nasi impit, dah buat tp terlembik sedikit. Biasa guna nasi impit nona, p kedai lupa nak beli. Bila buat sendiri  jd lembik Telan  jugak la buat mcm bubur nasi.. Goreng ikan bilis pulak untuk mkn dgn bubur. Sedap jugak.




















Tuesday, 12 February 2013

Mee Kari Seafood


Dah lama xmkn mee kari homemade, kalau nak mkn beli jer.. last buat mee kari masa dok KL lg (skang dok Putrajaya)...... Kekadang tu teringin gak nak mkn yg sendiri buat , biarpun xsedakk...

Bahan utk wat kuah kari

Bawang besar merah ( 1/2 mayang & 1/2 tumbuk)
Bawang putih ( 1 biji mayang & 1 biji tumbuk)
Halia ( setgh mayang & setgh lg tumbuk)
2-3 sudu serbuk kari daging ( campur dgn bahan yang ditumbuk)
2 hinggit Santan
Daun kari
Kerang yang dah direbus
Ketam belah 2
Fishcake
Tauhu kering dan basah
Fishball
Sayur kubis dan sawi..
Garam dan gula secukup rasa...
Minyak utk menumis.
Air secukupnyer.
Letak sedikit air asam jawa
Mee kuning ( jgn lupa celur dlu)
  * kalau nak pedas buat cili potong..Baru terangkat, meleleh ayaq mata

Tumis bahan yang dimayang, bila dah naik wangi masukan serbuk kari.. Masak sehingga warna kekuningan.
Masukan santan, kacau sebati.. bila dah mendidih masukan ketam, kerang... Perlahankan api..
Bila dah naik minyak, masukan sayur, fishball, fishcake, air asam,. Pastu perasakan dgn garam dan gula secukupyer...












Lempeng ke lempang....

Assalamualaikum wbt... mood baru datang nak ngedate kat cni... Lgpun skang ni busy skit, ader tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam opis ni... Sambil2 ngedate entry sambil2 wat keje... Blh ke cam tu (ader mcm curik tulang tak).....hahahahhaa....

Hasil balance sambal bilis  buat nasi lemak utk makan malam, so dgn rajin nyer buat lempeng untuk bekpes esoknyer.... Bahan utk lempeng ni, cuma letak tepung( 1 1/2 cawan), air(1 cawan), 1 biji telur, bawang besar(mayang), garam secubit dan gula sejemput.... Makan sekeping pun dah kenyang..






Monday, 28 January 2013

Kek Kukus Sarang Semut

Petang semlm punyer al-kisah.......

Dah lama teringin nak mkn kek sarang semut, akhir nyer jadik jgk buat.. Ni edisi kukus punyer..Masa dulu buat edisi bakar.. saje nak try kukus plak.. yang ni kita ambik resepi kat blog http://www.intanurulfateha.com/2012/05/segmen-bersilat-di-dapur-kek-sarang.html...terima kasih sudi kongsi resepi kat cni..

Rase nyer dah sedap, bg kita kene kurang gula @ susu pekat manis.. Sebabnyer  So Sweet..
Warna nyer tak terang sangat, coz masa masak karamel nyer bila nampak emas kekuningan tu terus jer tutp api, takut pahit.. Bila dah kukus kurang sikit sarang nyer.. kat bawah nampak ader sarang semutnyer, bila bahagian atas gebu jer... Nnt nak try buat edisi bakar plak .. yang ni xberapa puas hati sangat.



Chicken Roasted Rice...

Assalamualaikum wbt....... Semangat ke nak keje arini...iyela kan cuti panjang..kalau yang ambik cuti ari jumaat dapat cuti 5 hari kan....kita xcuti pun...lepak jer kat umah... Just bawak budak p jenjalan.. bg dioarng hilang boring.... Mama dia plak mentelaah novel Sehangat Asmara dengan Setia Hujung Nyawa yang tengah hangat di kaca tv..Kaca Tv kata kau..hihhihihi

Kalau dah cuti, dapur kat umah tu berasap la... Ari kamis cuti tapi xlah xberasap sangat juz masak yang simple2 jer.. Malam tu p JJCM kat The mines bawak anaks jenjalan sambil tu menikmati burger kat Carl's Jr.. Utk anaks, mkn KFC (atas permintaan kakak)..kat umah lg minta KFC..Sampai the mines trus p beli KFC, bwk la bekal KFC ke Carl's Jr.. Sebbaik org tak ramai kat ctu, bebas la skit diaorg nak main..

Jumaat kroje, so mlm tu mkn nasi lemak pasar malam dgn ayam grg( ayam lg) nk beli jgk feberet kakak..

Ari sabtu p pasar presint 8 beli bahan utk buat nasi ayam dgn bahan mentah yg lain..


Nasi Ayam Panggang


Ni masak ikut cara MIL , cuma air tangan jer lain2....lain org lain cara nyer....
 C
 Terebih rebus ayam ( potong 4) utk dapat kan stok ayam a.k.a air rebusan ayam...

Utk Ayam ( bahan perapan)

Bawang putih-tumbuk
Halia-tumbuk
Kicap Pekat
Kicap Manis
Sos tiram
 *Gaul sebati dgn ayam-perap sejam
 *Bakar dalam oven atau gril - 

Utk Sambal 

Cili hidup- bland
Garam dan gula secukup rasa
* masak sehingga pekat

Utk Kicap 

Potong Cili Api
Limau Kasturi 
Ambik Kicap yang perap ayam

Utk Nasi

3 pot Beras Basmathi ( beras biasa pun blh..ni nak abiskan beras yang buat nasi ayam grg aritu) - rendam selam 30 minit
4  pot stok ayam
1/2 ulas bawang besar-bland
1 ulas bawang putih-bland
1/2 inci halia-bland
1 - 2 inci halia-ketuk
daun pandan
pewarna kuning telur (ikut suka nak letak @ pun tak)
minyak utk menumis
Garam secubit

* Panaskan minyak dan masuk bahan yang dibland. Masak sehingga warna kekuningan.. Angkat dan gaul bersama dgn nasi.. Masukan halia yang diketuk, daun pandan, pewarna kuning dan garam.

Utk Sup

Rempah 3 sekawan
Bawang merah- hiris
bawang putih- hiris
Halia - hiris
Minyak utk menumis
Garam secukup rase 
Daun Sup

*Tumis  rempah dan bahan yang dihiris, kalau ada akar daun sup masukan sekali (Cara Chef Riz masak sup). Masukan stok ayam (lebihan utk masak nasi). Masukan perasa dan last sekali masukan daun sup...

                                                   SELAMAT MENJAMU MATA


 


Bahan bacaan ari minggu.... layan kan ajerrr.....





Sunday, 20 January 2013

Nasi Ayam Goreng bersama Pajeri Nenas & Terung...

Assalamualaikum wbt.... uols... Arini nak menayang apa yang dimasak smlm.. Minggu ni dapur kat umah berasap lg.. So ada la resepi yang hendak dikongsikan .. Ni pun terjumpa resepi ni kat blog jgk, tp lupa dah sapa coz dah lama dah ambik nyer dari tahun lepas lg..dah pernah 2 kali masak nasi.. Masa tu belum ader lg dapurku berasa p ni..hihihihi... Sesiapa yang nak cuba buat blh singgah2 tgk resepi ni yer... :)

Nama Masakan ni Nasi Ayam Goreng @ Southern Yeloow Chicken Rice...

 Bahan-bahannya:

 Utk Ayam Goreng
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jangan garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.



Utk  Nasi Pulak

  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • sedikit minyak @ butter utk menumis..
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.


Pajeri Nenas dan Terung, disebabkan teringin sangat nak mkn kene la buat... Kalau nak ikutkan nasi ni mkan dengan dalca..
  
   Bahan-bahan

  30 gm bawang besar- dibland
  25 gm bawang putih - dibland
  10 gm kulit kayu manis
   5 gm bunga lawang
  10 gm bunga cengkih
   5 gm buah pelaga
  25 gm rempah kari daging- dibancuh dengan sedikit air
  50 gm kerisik kelapa
   1 liter santan kelapa
   1 biji nenas-direbus & ditoskan
   sedikit udang kering
   sedikit minyak
   garam dan gula secukup rasa
 * terung ( sapa suka terung blh letak terung)
 * bahan ikut dalam resepi, sukatan sendiri coz buat sedikit sahaja..

Cara-caranya 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama 4 sekawan (buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang & kayu manis) bersama udang kering.
  • Masukan bancuhan rempah kari daging dan kacau pada api sederhana sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kerisik dan kacau hingga sebati. Masukan nenas serta santan.. Bila dah mendidih letak terung.. Letakkan garam dan bahan perasa secukupnya..

 

Kalau nak pedas blh makan dengan sambal belacan.....

Bahan-bahan untuk sambal belacan

Cili padi - bland kering
Belacan - bland bersama cili
Garam
Gula
Limau Kasturi
Air Asam Jawa

Bila dah bland cili dgn belacan, masukan air asam jawa, perah limau kasturi, letak garam dan gula.. Akhir sekali potong halus limau kasturi tu campur sekali dalam sambal tu.. Sedappp, cuba buat..







Monday, 14 January 2013

Selamat Pagi....Jom sarapan dengan pulut pagi....

Assalamualaikum wbt.selamat pagi salam ceria semuaaaa....huhuhuhu lama sungguh xmasuk dapur ni...dah masuk 2 tahum xupdate kat cni...mcm la lame sangat..padahal bulan disember tahun lepas yang xupdate nyerr....ni baru jer bulan januari.. Nak mcm manerkan arini baru rajin nak masuk dapur...bila mood malas tu dah melanda dalam diri xblh nak buat apa la kan.

Kalau masak kat umah pun tu masak yang simple2....ni pun bekpes yang simple jer..pulut pagi nama nyo.... bahan yang sangat ringkas dan senang sangat buat... dlu masa2 kecik2 arwah ma selalu masak pulut ini...Masa dlu wat sawah so sebelum p sawah keno isi perut dlu..ni salah satunyo sarapan pagi sebelum g sawah...... 

Biasa la org kampungkan tp itu adalah pengalaman manis masa kecik2 dlu.. xtau la anak2 kita akan ada pengalaman mcm ni..Main selut  kat bendang, tangkap ikan , cari siput sawah bila jumpa lintah lari lintang pukang coz kita takut lintah....hahahahahaha..pacat xpa... Bila dah abis main kat bendang trus terjun kat tali air, umahkan tepi tali air.. tu yang terror berenang, ari2 terjun kat tali air... tp skrang tali air pun dah kotor.. :(.. Rindu kat semua tu.... Kalau nak cerita sampai esok, esok, esok  pun xabis.... ishhhhh banyak la plak membebel nyer....

Bahan utk buat pulut pagi -

Pulut ( rendam semlm)
Gula melaka a.k.a nise keret(cairkan) - secukup rasa : padan dgn kuantiti pulut utk rasa manis2 buah
Kelapa a.k.a nyor parut
Garam- utk gaul dgn nyor.. 

Mula-mula kukus pulut terlebih dahulu...Pastu bila pulut dah masak angkat dan gaul dgn gula melaka yang telah dicairkan...Bila dah sebati dgn gula melaka, blh la makan dengan nyor yang digaul dgn garam...


  




VERY EASY N SIMPLE.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...