Pages

Tuesday, 5 August 2014

Tempoyak Pucuk Ubi Dengan Petai

Assalamualaikum wbt...

Selamat Hati Raya... rase tidak terlewat lg nak ucap selamat hari raya okh. Raya kan sebulan... 10 Syawal baru sempat nak menjenguk kat sini. Bz la kan baru masuk opis minggu ni.. Ye la tu bz Rasyiqah hoiii..padahal xde wat pape pun..

Tahun ni turn raya kat Kelate dlu baru Perak.. Kami balik ari jumaat pukul 1 pg dari Putrajaya, sampai Kelate dalam kul 8.30 pg..Masa balik tu kete banyak jugak tapi xjem la. Kami balik awal 3 hari coz nak posa kat sana. Raya kedua baru balik Perak coz ada family gathering n cabutan bertuah.. Tahun ni aku xbertuah, yg bertuahnyer anak2 n en hubby.  Tahun lepas dah bertuah dapat Grand Prize, dapat jam Swatch. Memang tiap2 tahun sistem giliran kami mcm ni, akan balik dua2 kg. tapi yg bergilirnyer raya mana dlu.Tahun lepas raya kat Perak dlu, pastu baru balik Klate. Tp tahun lepas balik Klate lewat skit, raya ke 5 baru balik coz raya ke 3 n 4 en hubby kene  masuk keje. 

Raya ni masak rendang ayam dengan ketupat palas. Buat sendiri hokay walaupun rupa ketupat tu nampak buruk bebenor janji sedap ( angkat bakul sendiri). Biasala org Perak mkn ketupat palas dgn rendang time raya, so kene la blaja buat dan masak. Kakak aku plak masak lontong, sambal lodeh, kuah kacang dengan nasi impit. Nak wat camnerkan  masak ikut negeri laki masing2. Hahahaha.. Ishhh panjang pulak citer nyer yer..
 

Ni la rupa ketupat palas hasil tangan sendiri.. Yg pasti sedak dan lemak2 gitu.
Meh sini ah, sebenarnya nak tunjuk apa yg aku masak pg td jer.. Masak tempoyak pucuk ubi. Bulan puasa ritu teringin nak mkn tapi malas nak buat. Nak beli kat anjung mahai sesangat. 1 senduk rm 3. So arini baru kesempatan nak buat. Pucuk ubi ni aku hiris malam td. 

Bahan2 nyer senang jer nak dapat,

1 ikat pucuk ubi
3 @  4 helai daun kunyit
4 batang serai - bnyak ni jer stok ada kat umah.
2 papan petai- ikut suka nak letak banyak mana
2 senduk tempoyak
RM 2 santan
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
9 biji cili api
1 genggam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.

Hiris halus pucuk ubi,daun kunyit dan serai- celur sekejap dan toskan
Cili, kunyit  dan bawang-kisar
Masukan bahan yg dikisar dalam periuk, masukan tempoyak, ikan bilis. Jangan lupa bukak api, nnt kang xmasak plak.
Bila dah mendidih masuk santan, pucuk ubi,petai, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Hidangkan dgn nasi panas2 bersama2 ikan grg, Perghhhh sedap. Xsabar nak balik bukak puasa ni.





Meriah dengan petai.


Gambar raya tahun 2014. Sedondondon gitu.




Tuesday, 22 July 2014

Badam Bersalut Coklat

 Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah siap jugak badam bersalut coklat.. Ni kira last sekut raya.. Disebabkan senang sesangat tu yang buat last minit. Xyah nak bakar2 bagai, gaul dengan cooking chocolate jer. Masa buat badam ni assistant cilik yang sibuk nak nolong.. Bg diorg tabur rainbow coklat rice jer.. Yg si adik pulak sibuk nak mkn.. Siap ambik mangkuk suruh isi dalam mangkuk.. 4 5 kali menambah.


Bahan 

250gm bubble rice
250 gm koko crunch-kecik ( beli kat bakeri)
500gm cooking chocolate
500gm badam yg hiris panjang2
Rainbow coklat rice
Paper cup.


Cara :

-Cairkan cooking chocolate - kaedah double boil.
-Gaulkan semua bahan dan masukan dlm paper cup.
-Hias dgn rainbow coklat rice 
-Masukan dalam peti ais supaya coklat cepat keras.



Bubble Rice

koko crunch



Cooking Chocolate



1/2 kg badam



Paper Cup dgn Rainbow Coklat Rice


Sangai badam


Ni la rupa badam bersalut coklat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
@ hati dah xsabar nak balik kampung dah ni, semoga perjalanan dipermudahkan@






Kuih Siput

Assalamualaikum wbt.... 

Arini dah 24 Ramadhan umat islam berpuasa... Sekejap jer masa berlalu.. dah nak sambut raya...Dan lagi xsabar bila tahun ini raya kat Kelate dlu.. Raya kedua baru balik Perak.. dan dapat berpuasa kat Kelate.. In Sha Allah bertolak Jumaat sebelum sahur dapat la 3 hari berpuasa kat Klate.. Semoga jalan pulang dipermudahkan dan selamat ke destinasi.

Tahun ini buat biskut simple2 jer dan salah satunye kuih siput.. Lama giler xbuat kuih siput ini.. Seingat nyer last kali buat kuih ni masa Arwah ma ada lg.. Punyer la lama xbuat.. Ni teringin punyer pasal gigih menyiput memalam.. Sebbaik la ada org tolong nak buat.. Buat 1 adunan dapat la 1 bekas sederhana..penat menyiput sebbaik sedak dan ranggup.. 


Bahan-bahan

600gm tepung gandum
220 gm marjerin- cairkan dan sejukan
2 camb serbuk kari - gaul bersama tepung
2 tangkai daun kari - kisar
2 biji bawang putih - kisar
15 gm udang - kisar ( dalam resepi tulis udang je, xbgtau plak guna udang basah atau kering tp aku bantai guna udang basah, grg terlebih dahulu dan kisar)
15 gm jintan manis - kisar
15 gm jintan putih - kisar
1 biji telur
150 ml++ air ( letak sikit2 nnt doh terlembik)
sedikit garam

6 tangkai @ lebih untuk grg bersama dgn kuih siput.

Gaulkan tepung + marjerin cair jadi macam bread crumble. dan bahan yg di kisar sehingga sebati, Masukan telur dan air sehingga menjadi doh dan tak melekat kat tangan. 
Bila doh dah OK blh start menyiput. 
Mula2 buat cantik jer siput nyer.. Bila dah lama xtau dah rupa mcm apa dah.
 

Tuesday, 15 July 2014

Kuih Seri Muka

 Assalamualaikum wbt.... 


Arini dah masuk 18 Ramadhan... Lagu raya pun dah ada kat radio.. Mood nak raya dah datang, tapi mood nak buat sekut raya belum ada lg.. In Sha Allah weekend ni la baru nak start bprojek sekut raya.. Buat sekut simple2 jah. Bahan pun xcukup lg nak buat...


Yang ni plak main masak2 hujung minggu untuk buat bukak puasa.. Time cuti jer blh masak kuih muih bagai.. Sabtu buat puding roti, ahad buat seri muka...resepi by MIL... Sebelum buat tepon dlu mintak resepi.. huhuhuhu... Resepi sangat2 la senang..


 

 Ni utk bahagian bawah... Kita guna sukatan bekas putih utk buat dadih

3 bekas tepung pulut
3 bekas santan
sedikit garam

Kukus dalam 20 minit atau sehingga masak.. Selepas itu padatkan pulut seperti dalam gambar.


 

 Untuk bahagian atas- . Kita guna sukatan bekas putih utk buat dadih

1 bekas tepung gandum
2 bekas atau 1 3/4 gula
3 bekas cecair ( 2 santan, 1 air daun pandan)
2 biji telur 
sedikit garam

Semua bahan di atas kita bland jer- senang keje
Bila pulut dah padat, curahkan adunan atas tu ( jangan lupa tapis, nnt kang ada lagi tepung berketul2)
Kukus selama 20 minit @ sehingga masak.
In Sha Allah kompom jadi..
 

Inilah rupa nyer... Tapi yang best nyer anak2 makan bahagian bawah jer. bahagian atas mama nyer yg mkn..Humaira siap cakap "kakak suka mkn yang ni (bawah),nnt mama masak yang ni jer. Kakak xsuka mkn yg hijau ni"

Monday, 7 July 2014

Paprik Seafood


Assalamualaikum wbt....

Bersiaran lg kita arini.... Pejam celik pejam celik arini dah masuk 10 ramadhan kita berpuasa.. kejap jer masa berlalu kan.... dan arini juga baru masuk opis. jumaat hingga senin choti balik Perak,.. Anak2 sibuk nak balik kg.. Nak balik weekend jer mcm tk cukup utk diorg spend time dgn tok n tokwan nyer, tu yg ambik choti.. Lama skit diorg manja2 dgn tok n tokwan diaorg ni.. Tu pun on d way balik sini kakak siap cakap lg nnt kita balik kg lg yer mama....


Dan yg ni plak kisah sebelum balik kampung.....

Menu utk bukak posa sesangat la simple.... Paprik seafood ala kadar nama nyer....

Bahan2 nyer pun senang...

7 ekor udang
5 ekor sotong
1 paket baby corn
4 batang kacang panjang
cauliflower
2-3 keping daun limau purut
1 batang serai-di ketuk
1 camt perencah tomyam
2 camb sos tiram
3 camb sos tomato
3 camb sos cili
2 camb kicap manis
2 camb kicap masin
3-4 ulas bawang putih- diketuk
2-3 biji cili kering-  bland
1 biji bawang besar
3-4 biji cili api
minyak utk menumis
sedikit air

Cara
-Panaskan minyak..kemudian tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik wangi.. Selepas itu masukan daun limau purut dan serai.. kemudian masukan pes tomyan dan sedikit air.
-Selepas itu masukan baby corn masak sehingga empuk, bila dah empuk masukan cauliflower..
- kemudian masukan kesemua sos. Kacau sebati dan masukan binatang2 dan kacang panjang.. jgn masak terlalu lama nnt isi binatang2 tu keras... Last sekali masukan bawang besar. Garam dan gula kita xletak coz sos yg kita letak kat dalam ni dah cukup semua perasa..




Wednesday, 2 July 2014

Cucur Udang dengan kuah kacang


Assalamualaikum wbt....

Arini dah masuk 5 Ramadhan kita berpuasa.. Selamat berpuasa.. 

1st day puasa, bukak posa dgn cucuq udang...Cucuq udang ni feberet en.hubby... Kitaorg makan ni jer utk berbuka.. tahun ni pun niat sama mcm tahun lepas, kurangkan pembaziran dan kurangkan ke PARAM.. Alhamdulillah tahun lepas blh kira dgn jari brapa kali pegi PARAM tu pun teringin nak mkn ayam golek.



Taip kali nak masak cucuq udang dgn kuah kacang tiap kali tu la telefon chef tanya resepi.. Chef MIL..hihihihi.. Ye la pandai mkn cucuq dgn kuah kacang pun sebab MIL yg masak.. kalau tak sebelum ni makn cucuq dgn sos cili biasa jjerr.. rasa xserupa la dgn MIL buat..air tangan lain2 kan walaupun bahan dan cara masak sama.





Bahan untuk cucuq

3 cawan tepung gandum
2 sudu susu tepung- nak bagi rasa lemak
secubit garam
tauge
daun kucai-hiris kasar
bawang besar-hiris halus
udang segar-buang kulitn
air secukupnyer..
minyak utk menggoreng.

- Bancuh tepung gandum + susu tepung + air secukupnyer.
- Gaul kesemua sayur dan udang.
- Rehatkan adunan lebih kurang 1 jam.

Bahan untuk kuah kacang

250gm Kacang tanah -sangai dan kisar kasar
6-7 biji cili kering- potong
1 labu kecik bawang besar-mayang kasar
sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula secukupnyer
air panas.
sedikit minyak

- Goreng bawang, cili kering dan belacan - tos dan kisar kering
- Bila dah kisar, gaul sebati dengan kacang yang telah di kisar.
- Masukan air panas, air asam, garam dan gula secukup nyer. Gaul sebati..dan
- Siap....

Thursday, 19 June 2014

Biskut marie cheese meleleh2


Assalamualaikum wbt.... 

Arini nak share resepi paling senang dan simple.. Bila makan ianya cair dimulut gitu.. Bikut marie cheese meleleh2..


 

 Bahan-

750gm cream cheese
3/4 tin susu pekat
1 cawan susu cair
1 bungkus biskut marie ( xkisah perisa apa)
sedikit lemon (kita letak jus limau kasturi lebih kurang 2 camt , kat umah stok lemon dah abis)
Nestum - utk tabus antara lapisan ke lapisan
Fresh milk- utk celup biskut..


Cara-

Pukul cream cheese hingga kembang, kemudian masukan susu pekat dan cair. Selepas itu masukan jus lemon @  limau kasturi.
Panaskan fresh milk. kemudian celup biskut da susun dalam loyang atau sebarang bekas la.. Macam kita buat dlm bekas tupperware senang nak simpan nak tutup.
Bila susun satu baris, letak aduanan cream cheese tu pastu tabur nestum..Ulang sampai abis cream cheese tu.  Utk 1 bungkus biskut dpt 3 bekas.. 2 bekas kecil 1 bekas besar.. Buat 3 layer biskut jer. 
Bila dah siap jangan lupa simpan dalam peti ais.. Sedap mkn sejuk2..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...