Pages

Monday, 26 May 2014

Dalca Daging

Assalamualaikum wbt.....

Apa kabar semua... 2 3 hari ni badan xsihat.. Batuk, sakit kepala, sakit tekak nak menelan air pun pedie.. Bila g klinik check rupenyer ada ulser,patut la pedih.... nampak benor kureng minum air putih nyer...hahahahha... Balik klinik berpaket ubat doktor bekalkan.. Mudah2an hilang sakit n pedih tekak ni...


Ni Dalca Daging last minute name nyer....Iyer la memalam masak menda ni.. Pas kerja ari jumaat ritu g melencong ke Mydin dlu baru nak balik umah.. Biasa ari jumaat kalau malas cam gini g beli jer makanan kat pasar malam presint 2 tu.. tapi apakan daya malas nak tempuh jalan jem coz ada Hari belia dgn jom heboh kat situ..

Bila dah sampai umah xtau nak masak apa.. Adalah beli daging yang urat2 kat Mydin td.. cadang nak masak dalca esok nyer tp xjadi.. Masak trus malam tu, dgn kacang dal xrendam nyer.. Biasa rendam tu sebelum masak kan.. ni masak dalca express rakyat...Kuarkan pressure cooker trus rebus daging tu bagi cepat empuk, bila 2 3 kali bunyi periuk tu masukan plak kacang dal.. Dalam setgh jam siap masak semua sekali... Bila dah siap tersandar penat..kihkihkih



Bahan-bahan :

1 labu bawang besar yang merah tu.( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
4 biji bawang putih ( 2 biji bland @ tumbuk, 2 biji mayang)
2 inci halia     ( bahagi 2: 1 bhg bland @ tumbuk , 1 bhg lagi mayang )
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
3 sudu besar kari
1 kotak santan
1 cawan kacang dal
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Sayur : -
1 biji terung
1 biji ubi kentang
1/2 batang carrot
2 batang kacang panjang
2 batang munggai- mengidam masa mengandung anak pertama, ni baru dapat mkn munggai.
1 tangkai daun kari

Daging ( xkisah nak guna daging apa, macam kita suka yang ada urat2 skit)- masak guna pressure cooker


Cara :

-Panasakan minyak, tumiskan 4 sekawan dan bahan yg dimayang terlebih dahulu. Bila dah naik wangi masukan serbuk kari( style kita, kita xcampurkan kari tu dgn air, baru la kari cepat masak)-sentiasa kacau kalau tak kari tu hangit.. Bila serbuk kari dah masak masukan bahan yang di bland atau tumbuk bersama dgn daun kari.
- Kacau sebati, bila dah garing semua bahan masukan santan-api perlahan. Biarkan mendidih bila dah naik minyak masukan sayur-sayuran.
-Lepas tu masukan bahan ni ke dalam periuk yang masak daging + kacang dal tu td.( ini cara kita, lain org lain cara.). Kacau sebati dan masukan perasa secukup rasa.
- Bila dah masakan makan nasi putih panas2 dgn sambal belacan..
- esok nyer plak pulak makan dengan roti puri.. MEMANG TERBAEKKKK.






Wednesday, 21 May 2014

Jenjalan kat Melaka

Assalamualaikum wbt.....

Hepi Thursday uolsss... Esok satu hari lg keje.. Pastu chotiiii...

Ini cerita bulan Mac aritu..Kebetulan ada kenduri kawin kat sana.. Apa lagi kami anak beranak bertapa la kat sana 3 hari 2 mlm di Melaka.. Jumaat hingga Ahad.. Hotel kami booking kat Asiarooms.. Ari 1st kami bermlm di Bayou Lagoon Melaka, Humaira sibuk nak mandi swimming pool pastu nak tdo hoktel.. Ari2 dok berzikir kat telinga papa dia... Siap cakap dah lama kakak xtdo hoktel pastu mandi kat swimming pool..

Kami check in kat sini dah petang dah.. Pas check in rehat2 jap.. Sat lagi nak kuar p pekena ikan bakar kat Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.. Tiap kali bermalam kat Melaka mesti makan kat Sungai Duyung.. Sedap, Cepat dan Murah.. Dalam kul 6 lebih kami kuar JJCM.. Menu, nasi lemak 5 bungkus, ikan jenahak ( sebelah bakar kosong, sebelah lg bakar sambal), kerang rebus, sotong goreng celup tepung, air sirap 4 gelas semuanya 60 hinggit. Semua fresh.


Esok nyer plak si kenit dua org ni xsabar nak g mandi swimming pool.. Pas jer bekpes kami berkubang kat swimming pool.. Sepatut nyer Humaira kene bayar RM10, tp org yg jaga kat situ bermurah hati  bg free coz tinggi humaira cecah skit jer dari had ukurannya, 98 cm. Mcm kami dah termasuk dgn package bermalam tu.

Ni lah budak yang nak mandi swimming pool tdo hoktel...

Budak  dah kesejukan..





Nampak tak orang yg turun slide tu... Kakak sibuk nak naik slide tu, so mamalah penenamnyer..  Kami turun mandi kul 9 pagi, kul 11 lebih baru naik.. Sampai la diorg minta balik sebab dah sejuk lagi pun dah panas...




Anak-anak tgh menembak mama nyer..

Puas dapat mandi swimming pool... Kul 12 kami check out  trus pergi ke tempat kenduri.. Perut tgh lapo pastu dapat plak makan nasi kenduri memang heaven betul lah..

Inilah pengantin nyer...

Pengantin lelaki berbaju pink tu kawan kitaorg masa blaja kat IKM Pasir Mas.. Kenduri nyer kat Padang Sebang.. Kami konvoi dgn kawan yang memang duduk Melaka.

 Pas kenduri kat Padang Sebang, Check in plak hotel di Bandar Melaka. Malam tu kita JJCM kat bandar Melaka jer cari kedai asam pedas.. Kebetulan ada pasar mlm, pusing2 jap kat pasar malam tu..

Pas bekpes sambung mandi swimming pool kat sini plak.. Sekejap jer layam si kenek ni mandi.. Kami check out awal sebab nk p jalan2 kat bandar plak..


Bawak diorg naik Taming Sari walaupun pernah naik sebelum tp masa tu si haqeem kecik lg.

 


 



 Penat berjalan kaki dari Menara Taming Sari ke Shopping Mall Mahkota Parade.. Penat dah nak berjalan kami naik beca.. Bagi diorg merasa naik beca plak.. Kakak naik dgn papa, adik naik dgn mama.
 
Beca yang kakak dgn papa naik tak cantik sgt, hahahahha..


Haqeem dgn mama naik beca ni.. Lori tu xpernah tinggal.. di mana ada haqeem di situ la ada lori.. tp lori dah rosak dah.. Ye la tiap kali nak mandi bawa sekali lori mandi..
Penat dah berjalan2.... Masuk kete minum susu trus lena... OTW balik kami singgah makan kat Coconut Shake Klebang... Pekena air coconut shake, nasi lemak n kuih muih kat situ.. Dalam kul 3 baru bertolak balik.. Sebbaik jalan tak jem,sebelum kul 7 dah sampai umah.. Sebelum nak sampai umah banyak plak penyinggahannyer, tu yang sampai umah kul 7 mlm.


Tuesday, 20 May 2014

Kek Batik

Assalamualaikum wbt....

Dah lama menyepi dan kini kembali ..Perghhh ayat xblh nak blah...

Alhamdullillah sihat tubuh badan arini..Ptg semlm balik dari opis badan seram sejuk.. 3 helai selimuttak dapat nak tampung.. Telan 2 biji PCM pastu tdo jap bila bgn badan dah berpeluh2.. Patutla pagi semlm  kat leher bengkak kelenjar.. Bila kebas dr demam tu bengkak tu hilang.. Risau jugak la dah lama sangat tak demam...


Ni cite ari senin .. dah lama teringin nak mkn kek batik.. akhir nyer dapat jugak makanan nyer.. dah kebetulan susu pekat banyak kat umah.. risau gak takut tak abis susu pekat kat umah ni .. tetiba jer ada yg dah expired kang.. kat umah ni jarang sangat guna susu pekat..


Ni dia Junior Masterchef Malesia tgh masak...



Bahan-bahan:

1 pek biskut marrie- patah 4
1 tin susu pekat
4 biji telur size A - bland
4 sudu besar Milo
3 sudu besar coklat
250gm butter..

Cara

- Cairkan mentega.. Bila dah cair masukan susu pekat. Gaul sebati.
- Masukan milo, coklat dan telur. Kacau
- Dan akhir sekali masukan biskut dgn api perlahan.. Tutup api, gaul sebati..
- Masukan dalam loyang dan sejukan.. pastu masukan dalam peti ais.


  
Inilah hasil Kek Batik..

Thursday, 17 April 2014

Bukan rezeki untuk ku....

Assalamualaikum wbt..... 


Arini baru kesempatan nak bercerita naper aku dapat MC 2 minggu.. Sibuk skit uruskan kerja yang tertangguh 2 minggu aritu... Masuk jer kerja ade je la menda yang nak kene buat kan

Ni la kisah nyer... Pada mulanya aku ingat aku period masa tu sebab aku dah biasa period lama2 ni..Paling lama 15 hari.. tp yang ni lebih dari 15 hari..aku xpuas hati so pergi la jumpa doctor kat opis utk ambik refer letter utk g hospital..Sebelum aku pergi ke hospital doctor tu syorkan buat UPT.. Nasib baik la watson dekat dgn opis. 1st check UPT +ve, aku mcm xpercaya coz darah masih lg kluar... pergi beli lagi sekali utk 2nd dan +ve jugak.....

Petang tu jugak aku pergi ke hospital untuk check lebih detail... Masa nak g hospital , diorg bg tarikh app 16.4 utk jumpa dgn doctor pakar..Ishhh mcm lambat bebenar nak jumpa dgn specialist nyer... So aku ckp la dgn misi kat situ problem  aku.. Sebbaik baik ada sorg doctor yang nak check aku.. Apa lagi scan perut, tak nampak apa2 pun.. scan dari bawah pun xnampak apa2 jugak.. dan buat lagi test UPT kat hospital kot2 yang aku guna tu expired , dan result nye masih +ve.. Nak lebih pasti lagi aku kene ambik darah utk BHCG (yg ni utk test hormon).. Result nyer nak kene tunggu 3 hari coz nak kene ambik darah lg sekali utk kompom pregnant.. Kalau result nyer 2 kali ganda memang kompom pregnant la... 

1 result 700,  masa yang 2nd result 890.. naik nyer tak banyak sangat.. masa yg 2nd tu pun aku scan jugak tapi xnampak jugak.. Doctor suruh aku ambik darah kali ke 3, masa kali ke 3 tu result nyer naik tinggi, xsilap aku 1100 mcm tu.. Lepas aku balik dari appointment yang ke 3 tu dalam tgh hari la doctor dari hospital putrajaya kol srh masuk wad segera coz dah suspect aku ni Ectopic Pregnancy ( mengandung luar rahim)..Dia suruh  aku check in aritu jugak tapi aku minta postponed keesokan arininyer.. 

Bermula kehidupan aku kat Hospital Putrajaya sebelum di operate .. Sepatutnya aku kene operate kul 3 ptg coz kene pose 6 jam.. nak wat camner  sebelum g spital mkn dlukan.. doctor tu pun xcakap kene pose.. Tunggu punyer tunggu kul 9 mlm baru masuk bilik OT


Ni kali kedua la aku masuk bilik OT. Sebelum ni masuk bilik OT kat Spital Kuala Lumpur, ni kat spital Putrajaya plak. Kes lain2.. Yg 1st time tu wat DnC, yg plak plak wat laparoskopi.. Tapi yang kedua2 nyer bius 1 badan..

menunggu nak masuk bilik OT




Ni la kaedah laparoskopi
Aku check in kat spital hospital 4 hari 3 mlm.. Sepatutnya hari ke 3 dah blh discaj tp disebabkan aku kene ambik antibiotik so kene lah stay 1 hari lg..

ni la embrio yang dikeluarkan. Usia kandungan aku 2 bulan dah..

Terima kasih kawan2 yang datang melawat aku masa kat spital dan staff  Wad 2B yang banyak membantu. 


Monday, 7 April 2014

Masak Lemak Jeruk Maman




Assalamualaikum wbt......

Pagi2 dah kongsi resepi kat sini....Arini aku nak kongsi resepi masak lemak jeruk maman... Biasa aku makan macam tu jer dengan nasi, xtau plak blh masak lemak.. Entah tahun bila aku tak ingat,masa tu MIL aku ada kat umah.. kebetulan baru balik dr klantan  aku beli la jeruk maman ni. Biasa la kan kalau balik kg semua benda yang ada kat kg semua nak angkut..hahahahaha aku la tu.. Macam kat Putrajaya xde.. Ada aku kisah...

Jenis aku ni kalau MIL nak datang mesti beli stok lauk banyak kat umah.. Senang dia nak masak time aku p kerja..Xyah susah nak g beli bagai.. So..... kebetulan jeruk maman ni ada kat umah, MIL yang masak lemak ini..dan ni salah satu feberet MIL.  Mcm biasa la bila MIL ada kat umah makan apa yg dia masak je la. Time  keje jer aku makan MIL yang masak.. Bila cuti aku yang masak.


Jeruk Maman

Bahan utk masak lemak 

Jeruk maman 1 plastik- buang air dia
Udang 
Terung - ikut nak letak atau tidak
*bawang merah
*cili api- ikut suka nak letak banyak mana
*1/2 inci kunyit hidup atau pun blh letak kunyit serbuk.
 santan 
garam secukup rasa

Yang * itu bland.. pastu campurkan semua bahan.. Masak sehingga mendidih.. Masukan garam secukup rasa.


Udang, terung, jeruk maman...







Friday, 4 April 2014

Cucur Labu vs Cekodok Pisang



Assalamualaikum.....

Ni diaa kuih untuk minum petang.. Cucur labu dengan cekodok pisang.. Kalau korang xde idea  nak masak kuih utk petang ni blh la cuba resepi nyer...




Cucuq Labu





Bahan untuk cucur labu....

1/2 biji labu (sederhana besar) - rebus @ kukus dan lecek
5 @ 6 camt gula
1 sudu besar tepung kastard
1 cawan tepung gandum...

- Campur semua bahan kecuali tepung... Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit ,, Adunannya jangan terlalu lembik atau keras, Bak kata iwan emalina yang sedang2 saja.....




Celodok Pisang

Bahan untuk cekodok pisang....

Pisang yang sesuai utk buat cekodok- dalam 7 @ 8 biji pisang 
1 camt soda bikarbonat
5 @ 6 camt gula
7 @ 8 sudu besar tepung gandum 

- Lecek pisang 
-Pastu masukan gula dan soda bikarbonat- gaul sebati
- Kemudian masuk tepung gandum secukupnya..Jangan terlalu lembik sangat adunan tu.
- Rehat selama 1 jam atau lebih.
* Yang aku buat ini, aku rehatkan selama 2 jam dan amat berpuas hati dengan hasil nya... Garing diluar, gebuss di dalam.. memang superbbbb ( puji diri sendiri la pulak)..




Thursday, 3 April 2014

Daging Pekasam


Assalamualaikum wbt.....

Salam Jumaat semua.. rasa mcm dah lama tak bukak blog.. meme yer pun.. ari rabu  baru masuk opis, Doktor bagi aku MC 2 minggu.. Nak tahu knapa dapat MC 2 minggu, tunggu la nnt aku cite...

Arini nak cite pasal daging pekasam.. Alkisah nyer member kat opis ni dok citer pasal daging pekasam ni... mula2 xcaya ada ke daging pekasam ni...Biasa dgr ikan pekasam jer.. Memang ada tapi kat Kedah jer daging pekasam ni.. 

Kebetulan kakak ipar yg duduk Kedah tu nak balik kampung so apa lagi suruh dia carikan la.. Dapatla merasa mkn daging pekasam.. Tp fe'el aku ni pelik skit, bila dah beli lambat skit nak masak..Barang dah adakan bila2 blh masak ...So Simpan la dalam freezer..Baru 3 minggu lepas baru masak daging ni.. Sedap sangat...


Packing mcm ni la yang aku beli..

Aku masak simple saje ..

Panaskan minyak, pastu masukan daging ni.. Bila dah agak2 dah garing dan masak masukan bawang dan cili api....


 

* daging pekasam ni pun ada org jual online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...